25 November 2012

Maksud Root Dalam Android

Maksud Root Dalam Android: Apakah Root dalam Android dan tujuan pengguna-pengguna Android melakukan Root atau Rooting terhadap telefon pintar aka smartphone mereka?

Pasti masih ramai lagi tertanya – tanya apakah yang dimaksudkan dengan “ROOT” dalam Android. Biar kami jelaskan apa itu root. Root dalam erti kata yang mudah untuk difahami ialah proses yang membolehkan pengguna telefon pintar Android mengakses keseluruhan fail sistem  bagi memberikan sepenuh kawalan terhadap sistem telefon mereka. Bagi pengguna iOS, proses ini dipanggil sebagai “Jailbreak”.

Antara kelebihan utama Root adalah keupayaan untuk mengawal keseluruhan sistem telefon dan membolehkan pengguna untuk menginstal pelbagai aplikasi yang sebelum ini dinafikan oleh sistem Android. Disini kami senaraikan beberapa kelebihan telefon Android yang sudah di Root.

Kelebihan dan Kebaikan Root :
1. Memberikan kawalan penuh pada sistem Android anda
2. Membolehkan “Backup dan Restore” pada seluruh sistem
3. Dapat menggunakan aplikasi-aplikasi istimewa seperti aplikasi permainan beresolusi tinggi
4. Membolehkan pengguna mengubah dan memilih ROM pilihan anda

Kekurangan dan Keburukan Root :
1.Boleh mematikan waranti telefon anda
2.Serangan virus mungkin terjadi


AMARAN ROOT
Proses me “Rooting” ini boleh menyebabkan telefon anda menjadi “Brick” . Oleh itu, pastikan kajian dibuat terlebih dahulu untuk memastikan tiada kerosakan terjadi kepada telefon pintar kesayangan anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan  keupayaan sedia ada telefon anda, maka proses root amatlah tidak digalakkan.

Sumber: MyTetikus.com

No comments: