LANGKAWI: Seorang pelancong Sudan mati lemas manakala dua rakannya
terselamat apabila dipukul ombak semasa mandi di Pantai Cenang di sini,
petang semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim (APMM) Wilayah Utara, Laksamana
Pertama Muhammad Abdul Basar Taji, berkata mayat Mohamad Hassan Ibrahim
Adam, 22, ditemui orang ramai terdampar di pantai itu kira-kira 8 pagi
tadi.
Dua rakannya yang terselamat dikenali sebagai Mohamad Nazar Mohamed
Abbala, 21, dan Mohamed Abdullah Ali Osman, 24.
Muhammad Abdul Basar berkata, kejadian itu dilaporkan oleh rakannya jam
3.45 petang semalam.
Gerakan mencari segera dilakukan oleh APMM dengan kerjasama
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, namun baru
hari ini mayat mangsa ditemui. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment