Azwan merupakan seorang budak kecil yang baru berusia 5 tahun. Dia mempunyai masalah pada pundi kencingnya yang tidak boleh menahan kencing dalam jangka masa yang lama. Dia sering menjerit kepada ibunya jika berasa ingin terkencing tidak kira di pusat membeli-belah, pasar malam, taman permainan atau dimana sahaja dia berada.
Ini membuatkan ibunya berasa agak malu kerana perangai anaknya yang suka menjerit ketika berasa hendak kencing. Ibunya pun berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah anaknya itu. Lalu Ibunya pun mendapat idea dan berkata kepada Azwan.
“Wan, Kalau Wan hendak kencing, jangan cakap hendak kencing tau..Wan cakap hendak nyanyi..”
Azwan mengangguk tanda paham. Semenjak dari hari itu, Azwan akan berkata kepada ibunya bahawa dia ingin menyanyi jika dia berasa ingin terkencing. Sehinggalah pada suatu hari, ibunya terpaksa menghantar Azwan ke rumah neneknya di kampung kerana tidak dapat menjaga Azwan akibat terpaksa bertugas di Sarawak selama seminggu.
Azwan merupakan seorang budak yang sangat aktif. Maka neneknya terpaksa melayan karenah Azwan yang tidak habis-habis ingin bermain tidak kira siang atau pun malam. Setelah penat melayan karenah cucunya itu, neneknya pun memanggil Azwan untuk masuk tidur kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 10 malam.
Azwan tidur bersama-sama neneknya kerana masih lagi takut untuk tidur bersendirian. Dua jam kemudian, Azwan mengejut neneknya kerana berasa ingin terkencing. Lalu Azwan pun berkata kepada neneknya..
“Nek..nek, Wan nak nyanyi la…”
Neneknya yang terjaga dari tidur pun berkata.
“Tidur la..tak kan dah lewat malam macam ni pun nak nyanyi lagi..nanti jiran sebelah rumah tu marah sebab Wan buat bising…esok pagi je la.”
Azwan yang tidak tahan hendak terkencing itu pun berkata lagi kepada neneknya.
“Nek…Wan nak nyanyi ni….”
Akibat terlampau penat sangat melayan karenah cucnya itu, neneknya pun berkata..
“Hm…..ye la..tapi Wan nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ni ye…”

No comments:
Post a Comment