28 August 2011

Sepah Berpecah Semanis Kurma Sepah Bersepah

Siapa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood? Ya, beliau adalah pengacara rancangan Semanis Kurma yang ditayangkan di TV9. Beliau bersama suaminya sendiri untuk mengendalikan rancangan ini setiap minggu. Sepah yang dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak telah membuat lawak berkonsepkan rancangan Semanis Kurma ini pada minggu ke 12 dan minggu akhir dan diterima oleh penonton. Mungkin sekarang rakyat Malaysia lebih peka dan dapat membezakan yang mana satu ejekan dan lawak jenaka. Begitu juga dengan Ustazah Siti Nor Bahyah yang begitu optimis dengan isu ini dan membuka mata rakyat Malaysia dengan masalah lawak jenaka atau ejekan. Ustazah Siti Nor Bahyah telah memberi komen dalam laman sosial Facebook beliau pada tempoh hari.

“Ustazah dan Ustaz tak berkecil hati dengan gurauan Sepah. Maknyanya mereka juga menonton semanis kurma kan. Moga mereka dapat banyak manfaat daripada segala ilmu yang ditonton dalam Semanis Kurma… Terima Kasih.” -Ustazah Siti Nor Bahayah Mahamood

umpulan sepah maharaja lawak sah berpecah kerana tiada persefahaman antara mereka. Salah faham dan masalah peribadi merupakan punca kepada kumpulan sepah berpecah dan membawa haluan masing-masing. Difahamkan ahli kumpulan sepah sudah tidak bersefahaman sejak dari program raja lawak lagi dan mereka terus membina teguh nama sepah sehinggalah program maharaja lawak.

Menurut Jepp sebagai Ketua Kumpulan Sepah. Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Akibat tekanan untuk memberikan persembahan yang terbaik pada final Maharaja Lawak baru-baru ini, Jepp Sepah akibat terlalu tertekan mahu membubarkan kumpulan Sepah dan membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya semasa rehearsal pun persembahan kumpulan Sepah hanya siap separuh sahaja akibat kekeringan idea. Kata Jepp:

Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham.

Kata Shuib pula, Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jepp sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali perkhabaran tentang perpecahan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini bertebaran. Sesungguhnya ia bukanlah sebuah berita baru. Malah, cerita ini sudah menjadi bahan mulut pihak media selepas mereka bergelar juara Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2008.

Ternyata gelaran juara sulung Maharaja Lawak tidak berupaya menyelamatkan kumpulan ini untuk terus kekal bersatu apabila sekali lagi dikhabarkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas Aidilfitri ini. Bertemu dengan kumpulan ini usai rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kesahihan berita tersebut.

Dengan penuh tenang, Jep menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik meskipun jam sudah menghampiri pukul 1 pagi. “Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi.

DARIPADA UTUSAN:
Sebelum pertandingan bermula, saya (Jep) sendiri memberitahu dua sahabat saya yang lain bahawa saya mahu membubarkan Sepah. Saya berkata kepada mereka biarlah kita berpecah agar senang semua membawa haluan masing-masing.

“Bayangkan kata-kata itu saya luahkan dalam beberapa jam sebelum gelanggang akhir dibuka. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berkata apa sahaja.

“Namun, kuasa yang lebih besar untuk menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Dia jugalah yang menentukan kemenangan kami pada malam ini.

“Kami hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya,” jelas Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep dalam nada terharu.

Demikian luahan ikhlas ketua kumpulan Sepah itu sewaktu ditanya reaksinya selepas menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak (ML) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 64 peratus, telah melayakkan Sepah membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Ternyata Sepah mengejutkan ramai pihak terutama peminat fanatik kumpulan Jozan yang telah diramal dari awal lagi untuk menjulang gelaran sulung program realiti terbitan Astro Warna itu.

Namun, apabila melihat persembahan Sepah yang cukup mencuit hati dan bersahaja pada pentas akhir itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka layak untuk menjunjung pengiktirafan tertinggi itu.

Menyambung bicara, Jep mengakui mereka berdepan dengan tekanan yang bukan calang-calang sepanjang menyertai ML.

Ini kerana kumpulan Sepah cukup sedar, mereka harus memberikan persembahan yang segar dan yang paling penting, dapat membuat penonton ketawa.

Tekanan itu bertambah kata Jep, apabila dia membuka cerita tentang bagaimana dia dan dua anggota kumpulan Sepah yang lain iaitu Shuib dan Mamat, kekeringan idea hanya dalam beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.

“Sehinggakan kami terpaksa meminta pelepasan selama satu jam daripada Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani semata-mata untuk keluar dari stadium demi mencari idea.

“Malah, sewaktu latihan pun kami tidak dapat melakukannya kerana kami tiada cerita menarik untuk dipersembahkan. Kami hanya sempat menyiapkan satu cerita sahaja tetapi itupun hanya separuh jalan.

“Bayangkanlah, kami duduk di kedai mamak dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi sehari sebelum pertandingan, tetapi satu idea pun tidak datang.

“Apa yang membuatkan saya bersyukur dan terharu apabila peluang itu diberikan sekali oleh Allah.

“Jika bukan kerana Dia, tidak mungkin kami boleh membuat persembahan pada malam pertandingan akhir ini,” kata Jep yang berusia 26 tahun itu dalam nada syukur.

Selain Jep, kumpulan Sepah yang pernah menjadi juara Raja Lawak musim ketiga itu turut dianggotai oleh Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Dalam masa yang sama, Jep dengan penuh terbuka memberitahu, perbalahan dan perselisihan pendapat memang sering berlaku dalam kumpulannya.

Dia sendiri menjelaskan betapa sukarnya untuk menanggung beban yang ada kalanya ditimbulkan oleh ahli anggota Sepah sendiri yang bagaikan tidak serius dengan kerja mereka.

“Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

“Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak.

“Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham,” katanya yang mahu anggota Sepah ubah diri masing-masing seandainya serius mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni. – Utusan


No comments: