06 June 2011

Petua Melebatkan Rambut Cepat Segera

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, pastikan

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.


Cara melebatkan rambut - bagi rambut lebat
Semua orang inginkan rambut yang sihat lagi menawan. Tak salah bagi yang sudah berusia untuk mengekalkan keremajaan, namun ia bergantung kepada niat dan matlamat asal mungkin untuk menyatukan keluarga ataupun (tambah cawangan, bagi lelaki) hehe, bagi perempuan pula mungkin untuk kekal cantiklah kan! (macam biasa) . Rambut yang sihat, lebat dan bersinar pastinya akan menambah keyakinan diri dan penampilan dalam meneruskan perjuangan sehari-harian kita.

Punca Rambut gugur.

Ada banyak punca-punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.

  • Genetik.
  • Tekanan kerj.a yang teruk.
  • Diet yang teruk.
  • Faktor hormon
  • Masalah tempurung rambut.
  • Putus haid
  • Selepas bersalin (bagi wanita).
  • Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Kos-kos rawatan yang sangat mahal dan tidak memuaskan.

Pernah juga,mendengar aduan dari rakan-rakan sendiri yang pernah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar, bahkan sehingga beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.

Cara-cara lebatkan rambut.

Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang insyallah mujarab orang tua-tua kata.

Petua 1 :

Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Petua 2:

Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.

Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.

Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.

Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.

Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.

2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa

Caranya:

Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.

Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.


Petua berkenaan Rambut Lagi

Melebatkan Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Melebatkan Rambut Dengan Nasi Kepal
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.

Bagaimana Cara Melebatkan Rambut Secepat Mungkin ?
Letak minyak kelapa. Tak perlu beli. Sangat mudah. Rajin2kan kaki dan tangan ke dapur. Kiranya ingin masak lauk bersantan. Seusai memerah kelapa, jari jemari tak perlu di basuh tapi terus mengelus rambut dengan hampas kelapa tadi. Biar beberapa jam, kemudian bilas dengan syampoo. [small]p/s: ini petuo uwan den. ternyato bekosan. okeh da~[/small] EDIT Maaf thread starter, i tak baca tajuk topik sampai habis. Baru perasan itu 'Bagaimana Cara Melebatkan Rambut Secepat Mungkin ?' 'Mungkin' boleh gunakan cara di atas. Tapi menanam rambut, adakah di bolehkan?

zaman remaja ketika awal 90-an dahulu, orang pakai minyak rambut TANCHO ataupun minyak rambut BOND.. atau BON

No comments: