Nampaknya Astro masih lagi meneruskan agenda untuk melalaikan umat Islam khasnya para remaja Islam.
Tengoklah, berbagai cara diumpan untuk melalaikan kita dari menyedari alam nyata bahawa tujuan kita hidup bukanlah untuk berhibur tetapi untuk beribadat kepada Allah Taala. Para ahli agama telah banyak memberi komen mengenai AF,sejak AF1 dahulu bahawa program AF menyimpang dari nilai-nilai Islam, malah boleh mencetuskan kerosakan akhlak remaja Islam.
Perbuatan menganjurkan hiburan yang melalaikan adalah berdosa dan sesiapa yang menyokong perbuatan yang melalaikan itu juga dianggap bersubahat kearah kemaksiatan.
Wang yang digunakan untuk mengundi peserta pilihan AF dianggap sebagai perbelanjaan yang membazir dan setiap pembaziran adalah berdosa. Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dengan fikiran yang rasional, apakah kita sanggup menjadi penyokong program hiburan yang melalaikan dan membazir?
Semoga Allah memberikan hidayat kepada kita dan pemimpin-pemimpin yang selama ini mendabik dada sambil melaung-laungkan berjuang untuk kesejahteraan ummah, supaya berusaha menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak diredhai oleh Islam. Ini adalah pendapat peribadi saya.
PETIKAN SURAT PEMBACA - MSTAR.COM

No comments:
Post a Comment