31 December 2008

Rahsia Bibir Wanita

Rahsia Bibir Wanita

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya. Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.


Bibir segar dan kemerahan.
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis.
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil.
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal.
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka.
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

_________________________________
Rahsia Bibir Wanita Rahsia Nafsu Wanita Bernafsu dan Bibir Bibir penuh nafsu Rahsia nafsu wanita menerusi bibir perangai wanita sikap bibir perempuan rahsia bibir perempuan bibir gadis Rahsia Bibir Wanita Rahsia Nafsu Wanita Bernafsu dan Bibir Bibir penuh nafsu Rahsia nafsu wanita menerusi bibir perangai wanita sikap bibir perempuan rahsia bibir perempuan bibir gadis Rahsia Bibir Wanita Rahsia Nafsu Wanita Bernafsu dan Bibir Bibir penuh nafsu Rahsia nafsu wanita menerusi bibir perangai wanita sikap bibir perempuan rahsia bibir perempuan bibir gadis

30 December 2008

50 Tips Pikat Lelaki

50 Tips Pikat Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta 50 Tips Pikat Lelaki 50 Tips Pikat Lelaki kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia 50 Tips Pikat Lelaki lips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

29 December 2008

Mengenali Jodoh Kita

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Jadi, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan. Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri mencari pasangan bertemu jodoh cinta sesama manusia cinta lelaki mengenali jodoh cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan mencari jodoh panduan mencari jodoh

28 December 2008

5 Sifat Semulajadi Bagi Sesetengah Lelaki

5 Sifat Semulajadi Bagi Sesetengah Lelaki

TIDAK SUKA BERGOSIP
Bagi sesetengah orang, mengetahui perihal orang lain adalah penting. Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling. Katanya tidak mahu ketinggalan informasi. Bagi lelaki lain pula kisahnya. Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi lelaki, bergosip adalah sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Mereka lebih gemar memilih untuk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yang tidak diperlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yang ingin kamu perkatakan.

MEMBELI-BELAH CUKUP MENYEKSAKAN
Orang perempuan, kalau bab membeli-belah memang tak payah disuruh. Kalau tak membeli pun, cukuplah sekadar cuci mata sahaja. Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta untuk menemani pasangannya keluar membeli-belah. Buang masa, antara alasan yang sering disuarakan. Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yang ingin dibeli, reaksi yang diberi adalah secara acuh tak acuh sahaja. Mereka menganggap kalau tidak membeli-belah, masa terluang tersebut boleh dipenuhi dengan aktiviti lain. Lelaki juga kurg senang kalau masa yang diambil untuk berbelanja sehingga berjam-jam lamanya. Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan.

GAGAL BERI JAWAPAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN
Sesetengah hal yang dibincangkan dengan pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan. Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dalam sesetengah keadaan. pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yang bernas untuk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi sekiranya berhadapan dengan situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dengan perangai acuh tak acuh kamu.

PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT
Tanpa kamu sedari seorang lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ketika sakit, lelaki sering merengek dan mengeluh ingin dibelai dan segala-galanya disediakan. Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Tetapi awas!! Jangan sekali-kali mempraktikkannya ketika mereka sihat. Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya diperlakukan seperti seorang bayi” Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya diatur oleh orang lain.

BANGGA APABILA ADA YANG MENGGODA.
Bila si dia keluar dating dengan kamu, tiba-tiba ada wanita yang mencuri pandang dengan satu pandangan yang penuh bermakna dan berminat. Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada orang di sebelah tetapi masih ada yang menunjukkan minat. Bila berhadapan dengan situasi ini, untuk “cover line” dengan wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yang diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup untuk menyakinkan pasangan di sebelah, malah ada yang merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat. Oleh itu, awasi mata kamu!!
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta 5 Sifat Semulajadi Lelaki 5 Sifat Semulajadi Lelaki

27 December 2008

Rahsia Kelahiran Bulan Islam - Kalendar Hijrah

Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam - Kalendar Hijrah
Personaliti Individu Mengikut Bulan Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
_________________________________
Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam Personaliti Individu Mengikut Bulan Islam Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam Personaliti Individu Mengikut Bulan Islam Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam Rahsia Di sebalik Kelahiran Bulan Islam Personaliti

26 December 2008

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri
  • Januari 01-09 ~ Anjing
  • Januari 10-24 ~ Tikus
  • Januari 25-31 ~ Singa
  • Februari 01-05 ~ Kucing
  • Februari 06-14 ~ Merpati
  • Februari 15-21 ~ Kura-kura
  • Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
  • Mac 01-12 ~ Monyet
  • Mac 13-15 ~ Singa
  • Mac 16-23 ~ Tikus
  • Mac 24-31 ~ Kucing
  • April 01-03 ~ Anjing
  • April 04-14 ~ Harimau Bintang
  • April 15-26 ~ Tikus
  • April 27-30 ~ Kura-kura
  • Mei 01-13 ~ Monyet
  • Mei 14-21 ~ Merpati
  • Mei 22-31 ~ Singa
  • Jun 01-03 ~ Tikus
  • Jun 04-14 ~ Kura-kura
  • Jun 15-20 ~ Anjing
  • Jun 21-24 ~ Monyet
  • Jun 25-30 ~ Kucing
  • Jul 01-09 ~ Tikus
  • Julai 10-15 ~ Anjing
  • Julai 16-26 ~ Merpati
  • Julai 27-31 ~ Kucing
  • Ogos 01-15 ~ Monyet
  • Ogos 16-25 ~ Tikus
  • Ogos 26-31 ~ Kura-kura
  • September 01-14 ~ Merpati
  • September 15-27 ~ Kucing
  • September 28-30 ~ Anjing
  • Oktober 01-15 ~ Monyet
  • Oktober 16-27 ~ Kura-kura
  • Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
  • November 01-16 ~ Singa
  • November 17-30 ~ Kucing
  • Disember 01-16 ~ Anjing
  • Disember 17-25 ~ Monyet
  • Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.
_________________________________
personaliti diri dan binatang rahsia diri personaliti diri binatang rahsia diri monyet singa kucing merpati kura-kura harimau bintang tikus anjing januari februari mac march april jun julai ogos august september november oktober disember personaliti diri dan binatang rahsia diri personaliti diri binatang rahsia diri monyet singa kucing merpati kura-kura harimau bintang tikus anjing januari februari mac march april jun julai ogos august september november oktober disember personaliti diri dan binatang rahsia diri personaliti diri binatang rahsia diri monyet singa kucing merpati kura-kura harimau bintang tikus anjing januari februari mac march april jun julai ogos august september november oktober disember

21 December 2008

10 Perkara Mungkin Benar Bagi Lelaki

10 Perkara Mungkin Benar Bagi Lelaki
  1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.
  2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.
  3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.
  4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.
  5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.
  6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.
  7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.
  8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.
  9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya seperti berasa bosan, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.
  10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

20 December 2008

Pengaruh Keluarga dan Kesannya Terhadap Pilihan Pasangan Hidup

Pengaruh Keluarga dan Kesannya Terhadap Pilihan Pasangan Hidup

Secara langsung atau tidak, proses membuat keputusan dalam hidup kita pada masa akan datang, tingkah laku dan juga kelakuan kita telah dilatih dalam keluarga yang kita dibesarkan. Wanita yang selalunya mempunyai pola/corak untuk memilih lelaki berbahaya sebagai pasangan dibesarkan dalam rumah/keluarga yang mana ibunya telah memilih lelaki berbahaya sebagai suami atau abang/pakcik/datuk/orang terdekat dengannya adalah lelaki yang berbahaya.

Tolak-ansur dalam keluarga terhadap tingkah laku lelaki seperti ini secara perlahan-lahan menyebabkan anak perempuan dalam keluarga tersebut menyesuaikan dirinya dengan kelakuan yang tidak normal ini.

Gadis yang muda dan masih kecil ini dibesarkan dalam suasana yang mana kelakuan seperti ini diberi nama baru, diberi bentuk baru, dan label baru akibat penyesuaian yang dibuat oleh keluarga tersebut. Keadaan ini menjadi batu asas baginya bila tiba proses membuat keputusan dalam hidup setelah dia dewasa.

Kebanyakan wanita yang cenderung untuk terus memilih perhubungan yang berbahaya dan merosakkan adalah wanita yang dibesarkan dalam suasana tidak selamat dan menyaksikan wanita dewasa memberi laluan terhadap tingkahlaku seperti ini dan tetap kekal berada dalam situasi itu. Banyak faktor KENAPA seseorang wanita itu tetap berada dalam situasi ini – masalah kewangan, pandangan masyarakat, ketakutan, dan sebagainyalah. Soalannya di sini bukan KENAPA tetapi APAkah kesan ke atas anak gadisnya dan bagaimana kesan itu akan diterjemahkan dalam kehidupan dewasanya kelak.

Keluarga yang mempunyai individu yang mengalami masalah ketagihan (alkohol, dadah, dsb) yang teruk dan tidak mendapatkan rawatan adalah jenis keluarga yang berkemampuan menghasilkan sama ada anak perempuan yang cenderung kepada ketagihan juga atau anak perempuan yang bakal menjadikan lelaki yang ketagihan sebagai pasangannya.

Keluarga yang mempunyai individu yang mengalami masalah tekanan mental dan tidak mendapatkan rawatan mampu menghasilkan anak perempuan yang akan memilih pasangan yang mempunyai penyakit yang sama bila dewasa tanpa disedari olehnya.

Wanita yang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai masalah seperti “schizophrenics” atau “bi-polar” pula selalunya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan tingkahlaku normal yang sepatutnya ada pada diri orang dewasa. Oleh itu, mengikut apa yang normal pada pandangan mereka, gadis ini akan menjadikan lelaki yang bermasalah sebagai ikutan kerana bersama lelaki seperti inilah dia dibesarkan.

Adalah satu perkara yang mustahil untuk kita memilih dalam keluarga mana kita ingin dilahirkan. Namun sebagai orang dewasa yang hidup hasil dari didikan dan suasana dalam keluarga kita, sebolehnya kemampuan untuk bersikap proaktif dalam mengenal pasti sekiranya kita mempunyai masalah emosi dan cara untuk menanganinya perlu ada.

Wanita yang mempunyai sejarah berkaitan perhubungan buruk yang kronik selalunya adalah mereka yang tidak dapat mengenal pasti kaitan di antara didikan yang diterima semasa kanak-kanak dengan cara mereka memilih lelaki pilihan mereka bila dewasa. Tanpa mengetahui perkara penting seperti ini, mereka selalunya akan berterusan dan sentiasa memilih jenis lelaki yang sama sahaja dan mereka tertanya-tanya apakah maksud tarikan itu dan kenapa selalunya mereka lebih tertarik dan bersama lelaki yang tidak baik dan bermasalah.

Pengaruh di zaman kanak-kanak kerap mempengaruhi corak wanita dalam memilih – lelaki yang telah berkahwin, lelaki yang mempunyai masalah ketagihan(alkohol, dadah, dsb), lelaki yang mempunyai masalah tekanan atau penyakit mental, lelaki yang mempunyai masalah emosi dan berbagai lagi jenis lelaki yang berbahaya. Pilihan terhadap lelaki seperti ini tidak berlaku begitu sahaja tanpa wujudnya sebab dalam hidup seorang wanita itu. Terdapat sesuatu dalam diri mereka yang tumbuh dan berakar umbi mengakibatkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini. Pola seperti ini terbentuk semasa dia masih kanak-kanak lagi dan bila dia dewasa dan mengikut pola seperti ini dalam hidupnya maka kaunseling diperlukan untuk membantu mereka melihat, memahami sekaligus membolehkan mereka keluar dari keadaan itu.

Corak pilihan wanita seperti ini juga boleh memberi kesan kepada anaknya kelak. Ramai wanita terutamanya di negara barat yang rasa bersalah dan tidak sanggup melihat anak mereka menjadi mangsa akibat tindakan mereka sendiri membuat pilihan yang salah pergi mendapatkan bantuan pakar. Kesedaran untuk mendapatkan bantuan pakar seperti ini masih lagi kurang di kalangan masyarakat kita di Malaysia.

Kanak-kanak yang telah melihat dan menyaksikan tindakan kasar atau ganas, dipukul atau didera oleh ayah/teman lelaki mereka adalah generasi seterusnya yang berpotensi sebagai mangsa atau mungkin juga menjadi pendera atau keduanya sekali bila meningkat dewasa.

Wanita yang sewaktu kanak-kanaknya dipukul atau didera lebih berkemungkinan untuk memilih teman lelaki/pasangan yang bersifat mendera(terhadap fizikal mahupun emosional) berbanding wanita yang tidak mengalami pengalaman sedemikian semasa kecil. Wanita yang sering didera ini sentiasa keliru dengan corak kehidupan mereka yang seperti ini. Mereka cukup PASTI bahawa mereka tidak mahu langsung berada dalam situasi yang sama seperti zaman kanak-kanak dahulu. Namun demikian, isu-isu dalam hati dan dirinya tentang pengalaman/trauma lalu yang masih belum sembuh itulah yang menarik mereka ke arah terjadinya corak pilihan yang mereka buat dalam berpasangan.

Dalam banyak hal, wanita selalunya cuba untuk menyembuhkan luka masa lalunya dengan memilih seseorang yang dirasakan mampu membawanya kembali ke saat isu yang belum sembuh itu berlaku. Ini dirasakan sebagai satu pemangkin oleh wanita tersebut untuk membolehkan dia menyembuhkan segala isu yang belum selesai dalam dirinya.

Kitaran corak dalam membuat pilihan yang merosakkan ini boleh terjadi daripada cara dan suasana kita dibesarkan. Namun, bila kita mula sedar, mula mengetahui masalah ini dan mula mengenal pasti keadaan kesihatan emosi diri sendiri, kefahaman tersebut akan membolehkan kita mengubah corak pilihan kepada pasangan yang sihat dan baik pada masa hadapan.

Apa saja pengalaman yang telah anda lalui dalam hidup yang lalu, anda berhak mendapatkan masa untuk membenarkan diri anda sembuh supaya anda dapat menikmati perhubungan yang lebih sihat dan bahagia di masa akan datang. Anda ubah pilihan anda, anda mengubah hidup anda!

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

19 December 2008

Rahsia Cinta Sejati dan Rahsia Cinta ‘Bertoksik’.

Rahsia Cinta Sejati dan Rahsia Cinta ‘Bertoksik’.

1. Cinta Sejati- Berkompromi, berbincang dan saling bertukar tempat sebagai ketua dalam perbincangan. Bersama-sama menyelesaikan masalah pasangan dan perhubungan.

Cinta Bertoksik- Cuba menguasai dan mengawal: menuduh; memanipulasi secara pasif dan agresif terhadap pasangan.

2. Cinta Sejati- Mempunyai keinginan secara individu selain bersama pasangan. Contohnya mempunyai rakan-rakan; menjaga perhubungan yang bermakna dengan pihak lain seperti keluarga anda dan keluarga pasangan, saudara-mara dan sebagainya.

Cinta Bertoksik- Penglibatan secara total dalam perhubungan; mempunyai percampuran yang amat sedikit dengan orang lain; tidak mengendahkan rakan-rakan lama dan sahabat baik malah keluarga sendiri

3. Cinta Sejati- Menggalakkan perkembangan pasangan dari segi pertambahan ilmu, kematangan, mentaliti dan sikap positif.

Cinta Toksik- Mengongkong sikap dan tindak-tanduk pasangan; takut pasangan berubah.

4. Cinta Sejati- Kepercayaan yang kukuh dan bersesuaian terhadap pasangan.

Cinta Toksik- Cemburu buta; menguasai dan mengongkong hidup pasangan kerana takut sangat pasangan berubah hati.

5. Cinta Sejati- Menerima kekurangan pasangan; menghormati pasangan sebagai seorang individu yang mempunyai kelemahan sebagai manusia biasa.

Cinta Toksik- Cuba mengubah pasangan ke arah acuan dan imejnya sendiri.

6. Cinta Sejati- Bila pasangan tidak ada bersama, mampu menjaga dan mengawal diri serta boleh melakukan aktiviti harian dengan normal; hidup tetap ceria.

Cinta Toksik- Tak boleh berenggang; gelisah bila keseorangan tanpa berjumpa atau pasangan di sisi walaupun untuk masa yang singkat.

7 Cinta Sejati- Perhubungan berdasarkan kehidupan sebenar dan sentiasa berpijak pada realiti dan bumi nyata.

Cinta Toksik- Perhubungan berdasarkan fantasi dan mengelak dari realiti.

8. Cinta Sejati- Kedua-dua pasangan faham akan tanggungjawab menjaga diri sendiri dan hubungan secara bersama; tahap emosi individu tidak bergantung pada ‘mood’ pasangannya. Sebagai contoh, bila yang seorang sedang marah, seorang lagi mampu mengawal emosi dan keadaan dengan baik.

Cinta Toksik- Mengharapkan pasangan secara total menjaga perasaan dan dirinya. Harapan pasangan akan menyelamatkannya dalam apa jua keadaan tanpa mengambil inisiatif sendiri.

9. Cinta Sejati- Sikap sentiasa untuk membangun dan memajukan diri sendiri amat diberi perhatian. Bila ini berlaku, perhubungan akan secara langsung maju dan bahagia.

Cinta Toksik- Terlalu ‘obses’ dengan perhubungan/percintaan sehingga tidak mengendahkan kemajuan dan pembangunan diri. Akhirnya hubungan akan turut hancur.

10. Cinta Sejati- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang selesa dan perasaan dilindungi.

Cinta Toksik- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang derita, perasaan takut dan curiga.
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

18 December 2008

Risiko Bercinta Dengan Lelaki Berbahaya Bermasalah

Lelaki BERBAHAYA!
Adakah Anda BERGAUL Dengan Mereka?


Ingin mencari pasangan hidup dan cinta sejati adalah lumrah kita sebagai manusia. Sebagai wanita pula, kerisauan takut tersilap pilih pasangan adalah lebih daripada lelaki.

Ini kerana sekiranya wanita tersilap pilih lelaki, maka kesan buruk yang bakal dilalui dalam hidup memberi kesan dan trauma yang mendalam terhadap emosi dan kehidupan mereka seterusnya.

Walaupun semua wanita tahu wujudnya lelaki yang ‘berbahaya’ namun masih ramai wanita tanpa sedar atau tidak terlibat bertemu dan berpasangan dengan mereka.

Kenapa masih ramai juga wanita terlibat memilih lelaki berbahaya?

Adakah mereka sengaja melibatkan diri dengan mereka? Tak mungkin!

Adakah mereka dikaburi dengan perasaan kesunyian dalam hidup dan amat memerlukan cinta dan kasih-sayang sehingga membuat pilihan yang salah?

Adakah mereka mempunyai tabiat atau sikap yang tak disedari dari dulu lagi yang menyebabkan mereka sentiasa memilih dan terlibat dengan lelaki berbahaya?

Adakah cara mereka dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda dan kurang perhatian menyebabkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini tanpa mereka sedar?

Atau adakah dengan mudah kita nak menyatakan itu adalah takdir yang Maha Esa?

Saya tertarik untuk menulis artikel berkaitan dengan lelaki berbahaya ni sebab pada pandangan saya, semakin hari semakin ramai wanita yang terlibat berpasangan dengan lelaki yang berbahaya. Tak kiralah sama ada sebagai teman lelaki mahu pun wanita yang telah berumahtangga.

Satu perkara yang memang pasti, wanita Tak Sedar dan Tak Tahu pun pada awal perkenalan atau perhubungan bahawa lelaki yang menjadi pasangannya itu berbahaya.

Macamana nak tahu seseorang lelaki itu berbahaya atau tidak? Ada ramai lagikah lelaki yang betul-betul baik dan “sihat” dalam dunia ni?

Ada, kalau anda sendiri “sihat” dari segi emosi dan mempunyai pengetahuan yang berkaitan.

Ini membolehkan anda sekiranya berjumpa dengan lelaki jenis ini dan mengenalinya, anda mampu menghadapi dan seterusnya menjauhkan dia dari hidup anda. Hasilnya, anda boleh menumpukan masa, tenaga dan emosi untuk memfokuskan kepada lelaki yang baik dan sihat emosinya.

Adakah anda memahami peranan dan keadaan diri anda seterusnya menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengubah keadaan supaya hidup anda berubah dan lebih selamat?

Artikel kali ini, saya terangkan dengan ringkas siapa dia yang dikatakan lelaki berbahaya supaya sekurang-kurangnya dapat membantu anda melihat dengan lebih luas lagi konsep tersebut.

Siapa lelaki yang berbahaya?

Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya kepada anda wanita ialah:

“Lelaki yang merosakkan/mengganggu/menyakitkan dan mendera pasangannya secara percakapan, emosi, fizikal, seksual, spiritual, undang-undang dan juga kewangan.”

Secara Percakapan termasuk mengugut anda, memaki-hamun, meninggikan suara seperti selalu menengking dan menghina maruah anda dengan perkataan.

Penderaan emosi pula termasuk mengawal dan mendominasi dengan tidak membenarkan atau memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Contohnya, anda nak berpakaian pun nak kena ikut sedap mata dia saja malah cara anda berpakaian perlahan-lahan ditentukan olehnya.

Dia kerap mengkritik anda yang akhirnya membuatkan anda berasa terlalu rendah diri. Cemburu buta yang melampau sampai anda nak berkawan pun tak boleh. Segala yang anda buat mesti bagi tau dia dan mendapat izin darinya. Pendek kata putih kata dia maka putih la anda ikut.

Memalukan anda dan merendahkan anda di hadapan orang lain juga antara bentuk deraan emosi. Kadang-kala memandang anda macam “nak makan” supaya anda sentiasa patuh dan takut padanya.

Secara Seksual boleh dikatakan seperti memaksa pasangan/isteri melakukan hubungan seks di luar tabii, memaksa menonton filem lucah, dan memaksa pasangan/isteri melakukan seks di luar kehendak isteri sebagai contoh memaksa isteri melakukan seks sewaktu isteri dalam haid sedangkan isteri menolak.

Secara Kewangan pula faham-faham je la ya. Memang ada wanita malah ramai wanita yang membantu pasangannya dalam bentuk kewangan. Yelah, bukan apa, sesekali ‘top-up’kan ‘handphone’ contohnya, lagi pun bukannya orang lain..’boyfriend sendiri jugak.

Bagi wanita yang dah berumahtangga, membantu suami dalam bentuk kewangan sekiranya mampu dapat juga meringankan bebanan kewangan suami dan keluarga. Apatah lagi sekiranya suami mengalami masalah kewangan.

Sesekali itu biasa. Luar biasa jika sanggup berhabis untuk pasangan sampai hidup sendiri nak makan pun takde sedangkan lelaki itu terus-menerus “menyedut” anda sampai tinggal rangka!

Bagi wanita yang dah berkahwin pula, suami menghabiskan wang ringgit isteri sehingga tahap duit isteri duit dia, duit dia duit dia sedangkan dalam masa yang sama suami mampu berhibur dan berfoya-foya tanpa menghulur sesen pun nafkah untuk isterinya.

Antara tujuan lelaki seperti ini ialah supaya anda menjadi papa dan bergantung hanya kepada dia. Secara tak langsung anda dapat dikawal supaya tidak meninggalkannya kerana sumber kewangan anda hanya kepada dia. Situasi ini banyak terjadi kepada wanita yang telah berkahwin dan hanya sedar selepas keadaan menjadi parah.

Penderaan Fizikal seperti yang anda sedia maklum adalah tindakan ganas seperti memukul, menampar, menumbuk, menolak, menggunakan senjata, kunci anda dalam bilik, menarik rambut dan sebagainya yang berbentuk fizikal.

Secara Spiritual pula selalu menyatakan kepada isterinya bahawa isteri akan jadi derhaka sekiranya menentang atau melawan suami. Kebanyakan lelaki seperti ini menggunakan ayat ini untuk menakutkan dan melemahkan wanita. Dalam masa yang sama dia melayan isterinya dengan buruk dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Suka juga saya tambah di sini, bagi yang sedang ‘bercouple’ tu, sekiranya ‘boyfriend’ anda merajuk atau marah kerana anda tolak kehendaknya, seperti mencium anda atau lebih jauh lagi melakukan hubungan sex sebelum kahwin, ini bermakna dia tidak menghormati anda sebagai wanita dan mempermainkan hak anda untuk mempertahankan kesucian diri seperti yang dituntut oleh agama.

Secara undang-undang pula berlaku sekiranya telah bercerai, lelaki tidak memberi nafkah kepada anak yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dengan sengaja untuk melambat-lambatkan proses mahkamah dengan niat supaya isteri terpaksa menunggu lama untuk mendapat pembelaan dan sebagainya.

Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang berbahaya untuk anda ‘dating’ atau berpasangan dengannya sekiranya dia:
  • Mahukan anda berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.
  • Tidak menghormati masa anda untuk bersendirian/‘privacy’. Apa anda nak buat semua dia nak tau. Kalau petang anda telefon dia, kena ‘hantar report’ apa yang anda buat sebelum tu dan apa yang anda nak buat selepas itu. Senang cakap apa saja anda buat dan nak buat dia nak tahu.
  • Suruh anda buat perkara yang anda tak selesa buat seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu dua kenal.
  • Mendesak ingin selalu berjumpa anda. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Anda kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Anda tetap kata tak boleh dia mendesak juga.
  • Ada reputasi menipu.
  • Kaki judi, peminum arak.
  • Menggunakan dadah atau pil-pil khayal.
  • Pernah gagal dalam banyak perhubungan cinta yang lepas dalam sejarah hidupnya. Berapa kali nak kata banyak ya? Kalau umur baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu banyak tu… Cinta monyet tak kira!
  • Tidak memuji malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan anda dapat rasa dan tau kedua ibu bapanya bukanlah orang yang jahat. Walau pun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih-lebih lagi pada peringkat baru anda kenali dia menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.
  • Mempunyai sejarah telah didiagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau “mental illness”
  • Tidak berkerja,(Sebab pemalas) Ada sahaja alasan sedangkan anda lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.
  • SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain sebab kehilangan kerjanya itu.
  • Ingin mengawal fesyen rambut anda, pakaian anda, sikap dan cara anda, rakan-rakan atau dengan siapa anda berkawan dan kerja anda pun dia nak kawal juga.
  • Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yang anda hanya tau kemudian. Sebagai contoh, dia kata dia bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang..tapi kenapa tak cakap awal-awal dia pernah kahwin.
  • Merasakan dirinya saja yang istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.
  • Percaya undang-undang untuk orang lain, dia tak tertakluk pada undang-undang dan boleh buat apa yang dia suka.
  • Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yang ‘handsome’, cute, ‘smart’, peramah dan boleh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, anda perlu berhati-hati.
Perbezaan di antara wanita yang bersama/berpasangan hanya sekali sahaja dengan lelaki berbahaya berbanding wanita yang kerap berjumpa/berpasangan/ dengan lelaki seperti ini ialah wanita yang pertama itu ‘terbuka’ untuk belajar dan kenal dengan cepat kesilapannya.

Wanita kedua pula tak mahu belajar, banyak memberi alasan atau gagal ‘membuka’ minda untuk mendapat pengajaran.

Hasilnya wanita yang pertama akan lebih kuat, berkeyakinan, berfikiran positif dan akhirnya mampu bertemu cinta sejati dengan lelaki yang ‘sihat dan selamat’.

Wanita kedua pula, akan terus derita..itu saja!

Anda dalam golongan yang mana?

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

17 December 2008

Peringkat-Peringkat Cinta - Menuju Cinta Sejati

Fasa-fasa Perhubungan Cinta ke Arah Cinta Sejati

Dalam usaha untuk ‘mencipta’ sebuah perhubungan cinta yang indah, intim, sihat dan bahagia selamanya, setiap pasangan secara sedar atau tidak pasti melalui beberapa peringkat sebelum mencapai Cinta Sejati.

1) Cinta Yang Romantik

Cinta pada tahap ini segalanya indah, segalanya mungkin sampai ‘Lautan api sanggup ku renangi’. Kekasih berada di ingatan hampir setiap masa. Bila berjauhan teramat rindu, bila bertemu macam tak nak balik la pula rasa! Keinginan dan kehendak pasangan akan cuba dipenuhi dan dituruti seboleh mungkin.

Ramai pasangan yang berfikir bahawa perasaan cinta yang indah dan romantik amat ini akan berterusan selamanya. Ya lah, janji diucap sehidup semati, ‘dunia bagai kita yang punya’ gitu!

Cinta pada peringkat ini biasanya amat dipengaruhi, menuruti perasaan dan kurang sekali menggunakan akal yang waras.

Peringkat ini biasanya bertahan dari empat bulan(ada yang kurang dari tempoh ini) ke tiga tahun(biasanya dua tahun lebih). Ini adalah peringkat yang paling pendek/singkat masanya berbanding dengan peringkat yang seterusnya.

2) Penyesuaian Kepada Realiti

Okay.. realiti. Dunia yang nyata. Bila realiti muncul, peringkat romantik dan penuh fantasi tadi tu dah mula ‘pecah’. Peringkat ini muncul mungkin secara tiba-tiba atau perlahan tanpa disedari. Mana satu pun cara peringkat ni muncul/tiba, yang pasti ia disebabkan berlakunya konflik dalam perhubungan. Tak kiralah konflik kecil atau besar.

Pencetus konflik boleh berlaku dalam berbagai bentuk dan cara dalam berbagai keadaan dan masa.

Bagi yang nak bertunang atau nak kahwin mungkin jangkamasa pertunangan menjadi isu,atau jumlah duit hantaran,besar kecil majlis perkahwinan yang nak dibuat dan sebagainya. Bagi yang sedang bercinta mungkin cemburu tak tentu pasal, dan bagi yang telah berkahwin pulak macam-macamlah perkara yang boleh jadi pencetus konflik.

Apa saja sebabnya, lepas saja berlakunya konflik, peringkat pertama perhubungan tadi tu akan terganggu.

Perbezaan atau kekurangan dari segi apa pun pada diri pasangan yang tak nampak/tak tau akan mula terlihat. Perasaan tak selesa, tak puas hati, kecik hati, terluka, konflik sudah mula mengambil tempat dalam perhubungan. Ada yang mula rasa ini bukanlah seperti perhubungan yang diimpikan.

Pada peringkat ini adalah biasa terutama bagi wanita akan mula rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang indah. Keinginan nak intim dan erat seperti sediakala mencengkam dan masih wujud namun perasaan menjadi keliru. Kenapa? Sebab perasaan takut sudah mula bertapak. Takut kehilangan, takut kecewa, takut ditipu dan dipermainkan. Bagi yang pernah gagal bercinta, pengalaman lalu mula menghantui diri.

Pasangan secara tiba-tiba terpaksa berurusan dengan perbezaan yang nyata di antara dua pihak, cara menguruskan emosi diri, emosi pasangan dan juga macamana menguruskan perhubungan.

Pendek katalah ya, boleh dikatakan peringkat ini adalah peringkat yang SEBENAR dalam bermulanya sesebuah perhubungan yang “real” ke arah Cinta Sejati.

Bila peringkat ini semakin berkembang, perbezaan pendapat antara pasangan semakin kerap berlaku. Isu kecil pun boleh jadi konflik besar. Lebih buruk lagi suara dah mula tinggi , sindir menyindir, ayat dan perkataan terhadap pasangan dah mula kasar dalam berkomunikasi.

Kedua pihak mempertahankan pendapat masing-masing sehingga kadangkala ‘berperang’. Ada juga dari ‘berperang’ mulut sehingga menjadi penderaan fizikal oleh pasangan. Dalam kes ini selalunya wanita yang menjadi mangsa serangan/penderaan fizikal.

Perlu anda faham, dalam perhubungan jangka panjang antara anda dan pasangan, konflik yang besar(tak kiralah apa jenis konflik) akan berlaku kepada 99% pasangan!

Peringkat inilah juga wujud perasaan ingin memutuskan perhubungan. Pasangan yang dianggap Cinta Sejati tiba-tiba dianggap amat menyusahkan.

3) Peringkat Penilaian

Pasangan yang masih/mampu bertahan di peringkat sebelum ini akan mula berfikir dengan serius di peringkat ini. Setiap kekurangan, perbezaan sikap dalam diri sendiri dan pasangan secara semulajadi akan menjadi perhatian dan dikaji.

Soalan seperti, “Betul ke dia ni pasangan yang sesuai dengan aku?” akan mula terfikir. Kadangkala perhubungan kelihatan tenang tapi hakikatnya perhubungan berada seperti ‘telur di hujung tanduk’. Ramai juga pasangan pada peringkat ini dah mula ada ‘affair’ di luar perhubungan.

Bahayanya di peringkat ini, banyak perhubungan yang gagal!

Pasangan yang berada di peringkat ini perlu mempunyai sikap yang positif dan kemahiran dalam menguruskan konflik,perasaan sendiri dan pasangan serta hubungan. Perasaan perlu dikawal dengan ilmu dan emosi TIDAK boleh dibenarkan sama sekali mengambil tempat fikiran yang waras. Fokus yang tinggi bersama usaha KEDUA-DUA pasangan adalah amat penting.

Hanya dengan cara ini perhubungan dapat dikekalkan dan bergerak ke peringkat seterusnya.

4) Peringkat Kesedaran

Di peringkat ini, kedua pihak sudah mula merapatkan diri dan keinginan untuk meneruskan perhubungan sudah mula terbit.

Segala pengalaman yang telah dilalui,diharungi bersama menjadi satu pengajaran berguna. Konflik dan perbezaan pendapat masih juga berlaku tapi cara dan pendekatan penyelesaiannya sudah mula berbeza. Takde lagi ‘peperangan’.

Kedua pihak mula menggunakan peluang untuk menyelami dan mengenali dengan lebih dalam dan dekat pasangannya. Perbezaan diri masing-masing sudah mula diterima dengan baik dan positif.

Ini memulakan perhubungan yang jujur dan ikhlas membawa kepada perasaan puas dalam perhubungan di antara dua pihak. Perkongsian perasaan dan penerimaan akan keinginan yang berbeza antara pasangan mula berlaku dengan pantas. Mereka akan mula melihat pasangan sebagai diri sendiri.

5) Penerimaan

Peringkat terakhir yang membawa kepada perhubungan yang komited. Pakar merumuskan kurang 5% pasangan tiba di peringkat ini, penerimaan yang mutlak dalam perhubungan.

Di peringkat ini, setiap individu bertanggungjawab dalam tindakannya terhadap diri sendiri, pasangannya dan perhubungan. Dua jiwa menjadi satu. Bekerjasama dalam segala sudut yang diperlukan pasangan dan perhubungan. Konflik sekiranya berlaku(pasti berlaku kerana konflik adalah perkara biasa dalam sesebuah perhubungan) bukan lagi perkara yang merosakkan malah merapatkan lagi perhubungan dan kemanisan cinta.

Pengalaman peringkat-peringkat sebelum ini menjadikan hubungan amat matang dan kuat sehingga ke tahap;

Mereka kenal di antara satu sama lain dan faham keinginan serta apa yang diharapkan oleh pasangan tanpa perlu diberitahu!

Mereka bekerjasama, ‘team work’ untuk kekal harmoni dan tentu sekali menghormati hak pasangannya secara individu. Pendekkan cerita..inilah Cinta Sejati!

Kesimpulan

Ini adalah 5 peringkat kebanyakan pasangan lalui dalam proses perhubungan jangka panjang. Tidak semua pasangan akan lalui setiap peringkat dengan pasti mengikut turutan yang diterangkan tadi.

Anda perlu tahu di tahap/peringkat mana perhubungan anda sekarang supaya anda dan pasangan boleh menentukan tindakan terbaik yang diperlukan untuk mencapai perhubungan yang berkekalan.

Perhubungan yang mencapai tahap Cinta Sejati memerlukan masa, ilmu, kesedaran, pengorbanan kedua-dua pihak dan usaha yang berterusan.

Cinta Sejati BUKAN berdasarkan fantasi seperti di peringkat pertama. Cinta Sejati adalah cinta yang “Berpijak di Bumi Nyata”.

Cinta anda?
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

16 December 2008

Membuat Susu Pekat Manis Sendiri

Cara-cara membuat Susu Pekat Manis

Kebiasaannya kita membeli susu pekat manis di kedai-kedai atau pasaraya tempatan. Bagaimana jika susu pekat manis tiba-tiba habis. Anda mungkin mahu membuat susu pekat manis sendiri.

Bahan-bahan ( 250 ml )
  • 500ml susu segar
  • 100ml gula

NOTA: sukatan gula mestilah 1/5 daripada sukatan susu segar.

Cara-cara Membuat Susu Pekat Manis
  1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan di dalam bekas yang sesuai.
  2. Berhati-hati semasa memasak susu kerana susu mudah hangus. Jangan guna api yang besar.


_________________________________
resepi susu pekat manis macam mana nak buat susu cara-cara hendak proses susu pekat manis teknik membuat condensed milk susu pekat manis susu pekat manis buatan sendiri resepi susu pekat manis macam mana nak buat susu cara-cara hendak proses susu pekat manis susu cair teknik membuat susu pekat manis condensed milk susu pekat manis condensed milk buatan sendiri resepi susu pekat manis macam mana nak buat susu cara-cara hendak proses susu pekat manis teknik membuat susu pekat manis susu pekat manis buatan sendiri

3 Lagi Sifat Lelaki Setiap Wanita Mesti Peka

3 Lagi Sifat Lelaki Setiap Wanita Mesti Peka

1) Kenapa lelaki selalu kata hendak telefon tetapi dia tidak menelefon anda?

Bila dia menelefon anda, maksudnya dia mengambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pula; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak menelefon anda pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sedang sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TIDAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang daripada kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun anda mungkin merasa bosan mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu petanda yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut sifat lelaki sejati sifat laki-laki suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

15 December 2008

3 Sifat Lelaki Setiap Wanita Patut Tahu

3 Sifat Lelaki Setiap Wanita Patut Tahu

Dalam artikel kali ni, saya akan maklumkan mengenai apa yang anda sebagai wanita MESTI tahu tentang lelaki/kekasih anda supaya anda dapat memenangi hatinya dan menyuburkan cinta si dia kepada anda.

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan dunia percintaannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk menyiapkan kerja tersebut.

Kalau ada masalah besar yang sedang dihadapi oleh sahabatnya, dan dia turut membantu berfikir untuk menyeelesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantik.

Wanita pula berbeza. Sekali sudah menerima seorang lelaki di dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ini bagi wanita, mungkin susah hendak dipisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada di depan mata. Selagi kesedaran masih ada, selagi itu susah untuk dipisahkan.


2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak faham, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tahu ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang daripada kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang diusahakannya, bukan saja daripada perhubungannya dengan anda.

Katalah tugasannya di pejabat belum siap lagi, atau apa sahaja yang dia tengah usahakan tidak menjadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega. Perasaan ini secara tidak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia seperti tidak romantik, macam tidak sayangkan anda atau rasa macam dia tidak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, anda tidak perlu mendapatkan cinta si dia dengan cara mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda sebagai diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!


AMARAN: Kalau kekasih anda adalahs seorang mat rempit atau yang sewaktu dengannya, lupakan segal-galanya yang telah tertulis di atas. Sebab jenis-jenis semacam ini memang terang-terang menjahanamkan anda sebagai wanita!

________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut rahsia lelaki rahsia jantan rahsia lelaki rahsia laki-laki suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

14 December 2008

20 Sikap Pemusnah Hubungan Cinta

20 Amalan atau Sikap Yang Boleh Menghancurkan Perhubungan Cinta!

Beberapa perkara dari sikap, cara berfikir dan cara berkomunikasi seseorang itu, kalau diulangi dan dibuat berterusan berpotensi sangat menghancurkan perhubungan.
  1. Walau pun anda tak ada fakta dan hujah yang lengkap, anda terus kata anda betul dan terus amalkan sikap keras kepala.
  2. Tidak pernah minta maaf! Walaupun terang-terang anda ni salah.
  3. Pentingkan diri anda. Buat tak tahu saja kepentingan / keperluan pasangan anda. Yang penting apa anda nak MESTI anda dapat dan dia tunaikan.
  4. Tak pernah mengaku dan menunjukkan yang anda terluka. Sebaliknya bila terluka, cepat-cepat melenting dan marah.
  5. Anda tahuu kekurangan, kesalahan dan rahsia keluarga pasangan anda dan gunakan itu semua bila anda gagal masa berbincang dengan pasangan.
  6. Bila pasangan buat salah,anda guna dan manipulasi perasaan bersalah itu untuk menyerang emosinya.
  7. Sentiasa cekap cari kesalahan pasangan. Kalau dia buat perkara baik, tidak pula memuji atau beri komen positif, anda diamkan sahaja.
  8. Tidak menepati janji.
  9. Buat-buat faham apa yang si dia cakap dan sampaikan walaupun anda sepatah apa pun tak faham.
  10. Tak pernah serius dalam apa-apa perkara pun.
  11. Sentiasa cakap anda ‘pasti mati’ kalau dia buat tak tahu pada anda.
  12. Selalu ungkit perkara lepas. Cara penyampaian saja yang tak sama tapi isi dan fakta tetap sama.
  13. Kalau bertengkar, sentiasa tak nak kalah. Anda bertengkar bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk ‘menang’. Jadi apa cara pun anda mesti buat anda menang sampai pasangan tak tahan.
  14. Tak tunjukkan tanda anda ambil berat pasangan anda.
  15. Tekankan apa yang anda kata jauh lebih penting daripada pasangan anda. Jadi anda selalu ‘potong’ cakap bila pasangan sedang bercakap.
  16. Bila anda dapati anda betul dalam sesuatu perkara, selalu cakap, “Itulah.. saya dah cakap, tapi awak degil”
  17. Selalu anggap pasangan anda saja yang perlu faham kehendak / keperluan anda dan perlu secepat mungkin buat apa saja untuk anda tanpa perlu anda cakap.
  18. Bagi yang dah berkahwin, dalam perhubungan seks, anda anggap keperluan seks pasangan sama sahaja macam anda.
  19. Rajin komen yang tak elok tentang ibu bapa / keluarga pasangan anda.
  20. Bertindak bahawa semua yang di atas tu, anda tidak buat. Pasangan anda yang sebenarnya perlu berubah!
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta benci marah cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita benci marah rahsia lelaki putus cinta rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips kekasih benci marah cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

13 December 2008

Tanda-tanda Retaknya Perhubungan Cinta

Tanda-tanda Retaknya Perhubungan Cinta

Ini adalah tanda-tanda awal dan amaran sesebuah perhubungan itu menyusut dan retak.

Maklumat ini adalah ‘penting’ untuk anda perhatikan supaya anda tahu bila masanya untuk anda mendapatkan bantuan sekiranya perhubungan cinta anda bermasalah.

1) Kritikan

Selain daripada merungut, seseorang itu ‘menyerang’ dan menyalahkan personaliti atau/dan karektor pasangannya. Sebagai contoh, “awak memang seorang yang pentingkan diri dan tidaak mengenang budi!”


2) Membatukan Diri

Buat tidak tahu, mengelak dan mula menjauhkan diri daripada pasangan anda.


3) Tidak Menghargai

Tidak ada percubaan untuk memahami pandangan masing-masing.


4) Menghina

Tindak balas dengan niat untuk menyinggung dan/atau mendera pasangan secara psikologi. Contohnya, “awak ni bukannya bodoh lagi, dah tahap bangang dah ni!”


5) Tiada Pertahanan Diri

Sudah tidak sanggup hendak mendengar penjelasan atau cakap pasangan kerana anda mula rasa takut, fobia akan kemungkinan tindakannya ke atas diri anda nanti.


6) Menterjemah Secara Negatif

Apa sahaja pasangan cakap walaupun perkara tu positif atau neutral, tetap nampak negatif pada pandangan pasangannya.


Kalau anda rasa ada dua atau tiga perkara di atas sedang berlaku dalam perhubungan anda, ini masanya untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan.


_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

12 December 2008

Cinta Bukan Untuk Pengecut!

Cinta Bukan Untuk Pengecut

Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.

Seorang yang menepati janji. Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon. Kalau time ‘dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.

Amat menghormati anda. Kawan-kawan anda pun suka kat dia, selesa. Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.

Tapi anda selalu juga tidur tak lena. Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”

Anda Takut! Risau! Apa kena dengan anda ni?

Tiidak ada apa pun sebenarnya. Anda berada di peringkat perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian daripada perasaan anda bimbang ia akan gagal. Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti daripada menelefon anda. Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.

Apa yang anda sedang lalui, perasaan takut ini adalah normal. Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka, anda akan lebih sayang padanya. Setiap kali sayang ni bertambah, perasaan takut dan risau pun bertambah juga.

Anda takut kerana anda baru mengenali si dia, tak begitu kenal dia betul-betu; hati budinya, dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!

Macam-macam soalan ada dalam kepala anda. Dia ni memang hebat, idaman ramai wanita, bila-bila boleh dapat ‘girlfriend’ tetapi kenapa tak kahwin lagi?

Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon ‘parents’ dia, adik-beradik, kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.

Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!

Ia perlukan kekuatan, keyakinan diri dan sikap yang positif.

Anda akan ‘berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan daripada rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.

Tetapi JANGAN buat begitu.

Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai. Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah, tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda, anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah, mengganggu proses semula jadinya.

Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain. Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.

Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la, apa kau fikir maksudnya ya?” Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.

Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.

Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.

Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.

Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

11 December 2008

Keadilan Dalam Konflik Cinta

10 Cara Untuk Sentiasa "Bergaduh" Dengan Adil

Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian,dalam percintaan / perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.


1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


2) Jangan Balas Dendam

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus, sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!


3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.


4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.


6) Mendengar Dengan Teliti

Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira, malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!


8) Jangan Serang!

Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat

Perbalahan / pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian,sabar, tenang,buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.


10) Jangan Tinggalkan

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat, terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan sorang. Okay, walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri

10 December 2008

Lirik Mau Yang Besar - Pianka - Cetus Kontroversi?

Lirik Mau Yang Besar - Pianka, Cetus Kontroversi?

Hey
sebelum engkau mulai menggoda
kau mestilah sedar apa yang kumahu

dari jelingan mu
aq sudah tau
apa yang bermain di dalam fikiranmu

aduh... kau nakal sungguh
tapi... kumengerti kerna kau lelaki
dan... aku wanita yang semua mahu miliki

tunggu... sebelum itu
harus... dengarkan dulu
yang diminta

aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang untuk berbelanja
aku mahu impian besar

jika mahu menjadi pacar
aku mahu yang besar-besar saja

apakah engkau mampu memuaskan hatiku
cukup layan tak atau hanya buang waktu

aku... mahu kau jujur
harus... ingatlah selalu

yang diminta...
aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang untuk berbelanja
aku mahu impian besar

jika mahu menjadi pacar
aku mahu yang besar-besar saja

jika kau berani
buktikan kau lelaki

jika kau berani
buktikan kau lelaki

dengarkan dulu...

yang diminta...
aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang untuk berbelanja
aku mahu impian besar



Setelah diteliti, lagu ini tidak ada apa-apa unsur lucah. Cuma mungkin fikiran kotor sesetengah orang menyebabkan lagu ini kedengaran lucah.
_________________________________
Seni Kata Lirik Lagu Mau Yang Besar Pianka Soundtrack Cicakman 2 Planet Hitam Lirik Lagu Mau Yang Besar Pianka Senikata Soundtrack Cicakman 2 Planet Hitam Lirik Lagu Mau Yang Besar Pianka Soundtrack Cicakman 2 Mahu yang besar Planet Hitam Seni kata Lirik Lagu Mau Yang Besar Pianka Soundtrack Cicakman 2 Planet Hitam Mahu yang besar

Kesilapan Besar Selepas Putus Cinta - Penyelesaiannya Bagaimana?

3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macamana Nak Buat?

Okay. Sekarang tiba-tiba sahaja anda sudah sedar… anda kembali “single”!

Jadi. apa nak buat ya?

Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan melakukan temu janji cinta terlalu awal selepas putus cinta. Berapa awal ‘terlalu awal’ tu? Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

Kalau jari kita terluka, perlu masa untuk baik. Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh. Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja, perlukan masa.

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh ramai orang selepas mereka putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh semula.

Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras.Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.

Jadi, bagaimana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!

Perlu anda faham, sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat, pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.

Dalam menilai diri sendiri, tolonnglah berlaku jujur.

Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja, syok sendiri atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas. Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.

Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang telah kembali “solo”, anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu, apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda. Kalau boleh, buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.

Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar jadi matang dan berdikari. Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!

Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan jantina yang sama saja, dating pun tak boleh, boleh…tapi bila ber’dating’ tu, anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta, nak lebih intim. Berkawan ramai sikit, ’dating’ lebih dari seorang, tak salah sebab itu atas dasar berkawan. Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya! Kawal diri, perasaan dan sedar batasan anda. Tujuan anda hanya untuk berkawan, itu saja. Hai-hai, dating? Masya-Allah.

Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara.Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak! Katakan kalau kita demam la ya, doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita, beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja. Ini tindakan BIJAK. Jadi jangan terlalu cepat ok!

Perhubungan yang terputus, memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh. Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda. Anda perlu faham ,sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya, ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.

Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat. Kita salahkan bekas kekasih, mak mertua, adik-beradik ipar, saudara mara, kawan-kawan dia atau kita, sesiapa saja silap-silap ayam, kucing, kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar! Mana dia tahu semua orang macam tu?

Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas, senang saja… pergi tengok cermin. Dah nampak? Ya,andalah masalahnya!

Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain. Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda, apa yang telah anda buat, bagaimana cara anda berfikir, cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan, dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.

Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda! Ini adalah misi utama anda. Bina semula hubungan dengan diri anda. Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda. Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Selain itu, pada masa yang ada ini, luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.

Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru, diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.

Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda. Ambil masa, jangan gopoh.Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka. Kemudian buat sesuatu yang lain! Ubah sikap negatif. Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda,luka di hati akan mula sembuh.

Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi, anda akan rasa lebih baik,lega dan hati akan mula tenang. Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Bagaimanalah aku boleh bertindak dan berfikir macam tu?”.

Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda. Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda. Dalam masa yang sama,anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau,anda takkan biarkan ia berulang lagi.

Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku, anda juga bertanggungjawab. Tahu macam tu saja tak cukup. BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pula!

Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda. Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh. Pilihan di tangan anda.

Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.

Walau apa pun,yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?

Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita,kecewa macam ni, saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan. Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang. Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.

Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke? Kena faham ya,penderitaan anda ini hanyalah sementara.Derita putusnya cinta BOLEH sembuh. Anda boleh!

Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.

Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.

Mulakan sekarang!
_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia putus cinta cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut putus cinta suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta putus cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri