31 August 2008

Facebook: The Movie - Filem Facebook Bakal Diterbitkan Di Hollywood


Gambar Mark Zuckerberg dan Michael Cera

HOLLYWOOD, 29 OGOS 2008 - Michael Cera yang pernah berlakon dalam filem Juno, Superbad dan sitkom Arrested Development telah disebut-sebut untuk memegang peranan sebagai CEO Facebook - Mark Zuckerberg dalam filem Facebook: The Movie.

Skrip projek filem Hollywood ini akan ditulis oleh Aaron Sorkin. Filem ini akan berkisarkan mengenai suka duka kehidupan pengasas Facebook tersebut dalam usaha untuk merealisasikan laman web sosial tersebut, Mark Zuckerberg semasa di Universiti Harvard.

Scott Rudin yang juga merupakan bakal penerbit filem Facebook: The Movie, dikatakan telah berbincang dengan Aaron Sorkin mengenai perancangan untuk menerbitkan filem ini.



Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Gambar Perkahwinan Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal Jadi Isu Blogger

ALAM BLOGGER, 24 OGOS 2008 - Gambar perkahwinan Malique dari kumpulan Too Phat dan Melissa Maureen Rizal baru-baru ini mencetus konflik di kalangan pemilik asal gambar perkahwinan tersebut dengan sebuah blogger yang lain. Hal ini dikatakan berlaku apabila blogger tersebut didakwa menerbitkan gambar perkahwinan Malique Too Phat dengan Melissa Maureen Rizal tanpa kebenaran pemilik asal gambar tersebut. Pihak pendakwa meminta jasa baik blogger tersebut supaya mengeluarkan gambar-gambar tersebut daripada senarai entri blogger terbabit. Blogger terbabit akur dan memenuhi permintaan pemilik asal gambar tersebut.

Contoh Teladan: Blogger Terbabit Tidak Menegakkan Benang Yang Basah
Nampaknya dengan cara mengadakan perundingan, sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan mudah. Isu gambar perkahwinan Malique Too Phat dan Melissa Maureen berakhir dengan aman. Blogger tersebut telah memberikan satu contoh yang baik, di mana apabila blogger tersebut telah melakukan kesilapan dan ditegur, beliau mengakui kesilapannya dan membetulkan keadaan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

30 August 2008

Resepi Kuih Baulu Bahulu Sekarang


Resepi Kuih Baulu atau Bahulu

Antara kuih yang paling senang nak dibuat sejak berzaman-zaman dahulu ialah kuih baulu. Betul, kuih ni senang nak dibuat, kalau buka gerai tepi jalan pun boleh. Itu sebab kita tengok dekat pasar raya tu, hyper market dan lain-lain tu kadangkala ada gerai jual kuih bahulu ni. Kuih bahulu ni cuma campurkan tepung, telur dan gula, dan acuan kuih baulu wajib ada.

Sediakan bahan-bahan dan peralatan berikut:
  • Acuan kuih baulu
  • 10 biji telur
  • 600 gram tepung
  • 350 gram gula
  • Boleh juga ditambah lain-lain bahan perisa atau tambahan dirasakan perlu seperti kismis, coklat, atau sebarang perasa lain.

Cara membuatnya:

Buat adunan telur:
Kacau telur sehingga kembang atau sesetengah orang panggil pukul. Telur dan gula mesti digabungkan. Gula penuh dengan karbohidrat. Telur mengandungi protein dan omega plus. Sungguh berkhasiat kuih baulu ni puan-puan, dan akak-akak sekalian.

Campurkan sedikit tepung dengan adunan telur:
Campurkan sedikit tepung dengan satu mangkuk kecil adunan telur dan gula tadi. Jangan terlalu pekat, nanti kuih bahulu jadi keras, dan jangan terlalu cair takut nanti kuih bahulu jadi rapuh. Boleh juga dimasukkan bahan-bahan tambahan yang lain.

Panaskan acuan, tuang dan bakar:
Bila acuan sudah panas, tuangkan adunan ke dalam acuan. Jangan sampai penuh, sebab kuih baulu ni bila dia masak, dia kembang. Bakar kuih bahulu sampai warnanya kuning keemasan.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Happy Merdeka Avril Lavigne Konsert Damn Thing Tour - Kuala Lumpur, Malaysia


Liputan Berita dan Video:
Kontroversi Konsert Avril Lavigne
Stadium Merdeka, 29 Ogos 2008

KUALA LUMPUR, MALAYSIA 29 OGOS 2008: Walaupun terdapat bantahan, penyanyi kontroversi Avril Lavigne dengan konsertnya Avril Lavigne's Best Damn Tour berjaya dilangsungkan di Stadium Merdeka, malam tadi. Lebih daripada 6,000 orang peminat Avri Lavigne menyambut ketibaannya. Ini adalah kali pertama Avril Lavigne melawat Malaysia.

Nama Avril Lavigne mula menjulang naik sekitar tahun 2002 dengan album pertamanya, Let Go. Kemudian Avril Lavigne maju setapak demi setapak dengan dua album seterusnya iaitu My Skin pada tahun 2004 dan The Best Damn Thing pada tahun 2008. Jualan album Avril Lavigne di seluruh dunia adalah sekitar 30 juta unit.


Video: Konsert Avril Lavigne - Girlfriend


Berpakaian serba hitam, penyanyi rock Avril Lavigne didapati mematuhi kod pemakaian seorang artis. Avril Lavigne telah berkahwin dengan penyanyi kumpulan rock Sum 41, Deryck Wibley. Di pentas, Avril memulakan konsertnya dengan lagu Girlfriend.

Penyanyi berusia 23 tahun ini menunjukkan persembahan yang cukup baik dengan permainan gimik dan bermain peralatan muziknya yang berwarna merah jambu, termasuk gitar, piano dan dram.

Persembahan selama 75 minit ini ditamatkan dengan lagu Sk8er Boi, salah satu lagu hit terawalnya.


Avril Lavigne - When You're Gone Live
dari Kuala Lumpur, Malaysia

Secara keseluruhannya, Avril Lavigne mendendangkan 17 buah lagu termasuk Complicated, My Happy Ending, Runaway, Losing My Grip, I Don't Have to Try dan I'm With You.

Semantara itu seramai 50 orang pembantah daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bersama Pemuda PAS Pusat telah mengadakan bantahan Konsert Avril Lavigne di hadapan Stadium Merdeka.

Semua peserta dan petugas-petugas unit Amal Pemuda telah merancang untuk berkumpul di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka pada pukul 7.00 petang. Solat Maghrib dan solat hajat akan diadakan secara berjemaah di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka.

Bantahan ini dibuat kerana Konsert Avril Lavigne's Damn Thing Tour itu didapati tidak sesuai dengam sambutan Hari Kemerdekaan yang juga sangat hampir dengan sambutan bulan Ramadhan.

Sebelum itu, pertubuhan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) telah menganjurkan perarakan aman dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka sekitar jam 2 petang.

Konsert Avril Lavigne telah menjadi berita hangat di kalangan pihak media kerana pihak promosi Galaxy Group gagal mendapatkan permit sebelum mengadakan jualan tiket dan publisiti. Konsert tersebut walau bagaimana pun berjaya mendapat permit seminggu sebelum konsert tersebut dilangsungkan selepas beberapa pertemuan dan perundingan dibuat antara pihak promosi dengan pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Tiga Blogger Bersubahat Jadi Lanun Cetak Rompak, Sebar Perisian dan MP3 Cetak Rompak Menerusi Blog

ALAM BLOGGER, 30 OGOS 2008 - Tiga orang blogger dikesan menjadi dalang atau lanun cetak rompak. Mereka menyebarkan pelbagai perisian cetak rompak dan koleksi lagu-lagu tempatan dan luar negara. Dengan menggunakan nama yang bermaksud Pusat Muat Turun (bukan nama sebenar), mereka semakin giat menyebarkan lagu-lagu MP3 yang boleh didownload secara terus dari laman blog mereka.

Pihak Wartawan Isu dan Berita Hangat berasa bimbang dengan perkembangan kegiatan tidak sihat ini, di mana mungkin suatu hari nanti mereka akan dicekup oleh pihak berkuasa tempatan atau diambil tindakan undang-undang oleh pemilik karya lagu atau perisian yang disebarkan secara bebas kepada umum.

Tidak sekadar perisian popular, mereka juga menyebarkan nombor siri atau kod siri yang diperlukan untuk mengaktifkan satu-satu perisian bernilai komersil. Perisian terbabit bernilai sekitar ratusan hingga ribuan ringgit seunit dan di sini telah timbul satu persoalan di kalangan jurnalis blog Isu dan Berita Hangat, iaitu:

"Adakah lanun-lanun cetak rompak itu bertujuan mahu menjadi Robin Hood, iaitu merompak hakcipta perisian dan lagu-lagu artis tempatan dan artis yang dianggap mahal supaya dapat disebarkan secara percuma kepada golongan bawahan?"

Selain beroperasi di server Blogspot.com, blogger-blogger berstatus lanun cetak rompak ini dikesan menggunakan beberapa perisian hosting seperti mediafire.com dan rapidshare.com sebagai pangkalan alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan lagu-lagu MP3 dan perisian cetak rompak mereka. Tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga Robin Hood ini sesungguhnya telah menyumbang ke arah menjejaskan sumber pendapatan artis-artis di dalam dan di luar negara.

Jika mahu sebarkan freeware tidak mengapa, tetapi apabila lagu-lagu MP3 dan software berbayar turut diedarkan, inilah yang menjadi kesalahan. Pihak Wartawan Isu dan Berita Hangat berharap blogger-blogger terbabit sedar sebelum terlambat. Jangan sampai dicekup oleh pihak berkuasa, barulah hendak menyesal. Sekiranya blogger-blogger terbabit terbaca pos ini, maka ingatlah teguran ini dibuat sebagai tanda menyayangi masa depan anda, di dunia dan di akhirat.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Gambar Artis Bercium Gambar Artis Bogel dan Dot Dot Dot - Seronok Anda Menyebarnya?

Pihak pengurusan blog Isu dan Berita Hangat sentiasa tertanya-tanya kenapa ada segelintir pihak media elektronik, khususnya blogger dan pengendali web tempatan suka menyiarkan gambar artis-artis tempatan yang seksi, separuh bogel atau telanjang terus. Adakah dengan memalukan artis-artis tersebut dengan gambar bogel dan seksi mereka dapat memberi kebaikan kepada semua pihak?

Apakah moral yang boleh diperolehi dengan menyiarkan gambar bogel artis-artis tempatan ini? Sedangkan tidak ada teguran atau nasihat yang diberikan oleh kebanyakan pengendali blog atau web tempatan yang menyiarkan gambar-gambar artis bogel tersebut.

Allah SWT telah berfirman (maksudnya):

"... dan janganlah kamu memburuk-burukkan antara satu sama lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (al-Hujurat: 12)


Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


Anda Telah Dikecewakan

Saya memohon maaf kepada pengunjung blog yang datang ke blog Isu dan Berita Hangat ini semata-mata mahu melihat gambar artis bogel Malaysia atau aksi panas artis-artis tempatan seperti bercium, adegan ranjang, mengadakan seks, bercumbu-cumbuan dan sebagainya kerana anda telah dikecewakan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Pengacara TV Seksi Di Kaca Televisyen

Apa perasaan para penonton apabila stesen televisyen tempatan menampilkan seorang personaliti TV atau pengacara TV yang berpakaian seksi, separuh bogel dan seumpamanya? Hal ini benar-benar terjadi apabila sebuah rancangan televisyen tempatan menampilkan seorang pengacara wanita yang berpakaian menjolokkan mata.

Hal ini kelihatan sungguh janggal kerana difahamkan sebelum ini, rancangan televisyen ini selalunya menampilkan pengacara-pengacara TV yang berpakaian serba sopan. Disebabkan pakaian pengacara TV ini terlalu seksi, maka pihak stesen TV Toot Toot terpaksa 'sensored' bahagian dada personaliti popular itu bagi membolehkan rancangan popular tersebut disiarkan.

Mengikut maklumat yang diterima oleh pihak Wartawan Isu dan Berita Hangat, kesilapan pemilihan pakaian itu berlaku disebabkan kecuaian penjaga baju bagi rancangan tersebut. Baju yang dipakaikan kelihatan ketat dan agak singkat di bahagian dada.

Semoga kesilapan seperti ini tidak berulang lagi, kerana stesen televisyen itu mempunyai nilai rating penonton yang agak tinggi juga. Pihak rancangan tersebut harus memastikan terdapat pelbagai pilihan pakaian untuk kegunaan pengacara, juga seelok-eloknya setiap pakaian yang bakal digunakan hendaklah disediakan beberapa hari lebih awal, dilabelkan saiz dan nama bakal penggunanya dengan sebaik-baiknya.

Adalah penting bagi pihak pengurusan baju pengacara mengetahui saiz badan seseorang personaliti TV atau pengacara TV.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

29 August 2008

YouTube: Sebab Kita Mesti Belajar Pelbagai Bahasa Asing


VIDEO MEMAHAMI SEBUTAN PENYANYI
DARI SUDUT BAHASA ASING:
LAGU TAMIL - BILA LIRIK TAMIL MACAM LIRIK MELAYU
Marilah Mengenai Bahasa Kaum-kaum Di Negara Kita

Siapa punya kerja ni? Kreatif melampau, tapi kelakar juga video ni. Inilah akibatnya apabila orang Melayu tidak faham bahasa Tamil, sampai lirik lagu pun ditulis dalam Bahasa Melayu tanpa menterjemahkan terlebih dahulu.

Kelakar pula jadinya. Lirik lagu bahasa Tamil dianggap bahasa Melayu. Sesiapa yang tengok jaga-jaga, sebab anda mungkin tergelak-gelak baca lirik 'subtitle'nya nanti. Budak-budak zaman sekarang.

Tapi perasaan kelakar itu mungkin akan bertukar menjadi risau, bimbang dan tidak sedap hati apabila anda menyaksikan video-video di bawah ini seterusnya.


Video Klip: Maggi Tom Yam



Video Klip: Geli Mat



Babak Sedih daripada "The Legend of Condor Hero"
Edisi Bahasa Kelantan



Video Klip: Kiroro Mirae

Daya kreativiti oleh insan yang menggelar dirinya sebagai MBB (Marilah Berbaik-baik) ini diprotes oleh beberapa orang tertentu. Maka MBB pun tampil memberikan penerangan dan hujah-hujahnya. Berikut adalah hujah pencipta 'lirik baru' bagi setiap lagu-lagu yang ditulis 'lirik' barunya. Hujah-hujah beliau (MBB atau Mari Berbaik-baik) adalah seperti di bawah (yang telah ditulis semula mengikut struktur ejaan Bahasa Melayu yang boleh difahami semua pihak):

Hujah MBB:

Video ini bukannya menghin atau merendahkan atau memperlekehkan idola anda, tetapi ia hanyalah:

Tafsiran berdasarkan bunyi atau suara yang dikeluarkan oleh mereka dari sudut pandangan atau perseptif daripada MBB ke dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu+Bahasa Inggeris+Bahasa Pasar). Jadi, mengikut definisi itu, entah tak tahulah macam mana nak cakap, tetapi lebih kurang begitulah maksudnya.

Yang kita gelakkan bukannya 'orang yang menyanyi" tetapi 'apa yang dinyanyikan + subtitle'. Kalau geli mat tu lainlah sebab penyanyi dia ada buat pergerakan yang kelakar, jadi itu dikira terkecualilah.

Kalau ada orang kata perbuatan ini menghina bahasa dia orang, cuba bayangkan begini:

Katalah anda suka "sudu". Secara umumnya, fungsi sudu ialah untuk suap makanan, kan? Tetapi ada segelintir orang fikir "lain daripada kebiasaan orang" atau "kreatif", fungsi sudu adalah lebih daripa itu. sudu boleh jadi pencungkil penutup tin milo, boleh dijadikan perhiasan, boleh pukul cawan untuk buat muzik, boleh buat senjata, boleh buat magic show, boleh buat belajar sains. Jadi tak boleh kata kalau guna sudu untuk jadi cermin sebagai "menghina" sudu kerana itu adalah salah satu cara menggunakan sudu yang orang biasa tak terfikir pun. Samalah macam video ini, bagi orang Korea dan orang awam, ini ialah lagu korea, kalau orang yang faham bahasa Korea tu fahamlah, tetapi kalau bagi "sesetengah orangg" (termasuklah saya - MBB), kalau dengar betul boleh "ditafsirkan" ke dalam Bahasa Malaysia, tapi makna dia semua "lari", "nonsense" dan "entah apa-apa".

Marilah berbaik-baik.


Begitulah pendapat MBB. Usaha beliau menulis semula lirik-lirik lagu ini menjadi ikutan pula. Berikut adalah hasil rekaan kreatif seorang lagi insan yang memperkenalkan dirinya sebagai Fique88.



Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Artis Malaysia Buat Pembedahan Plastik?

Gambar-gambar artis Malaysia yang dikaitkan dengan pembedahan plastik telah tersebar di seluruh negara. Hal ini mendatangkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia. Berikut adalah reaksi rakyat Malaysia mengenai artis buat pembedahan plastik diubahsuai daripada komen-komen sebenar bersumberkan salah sebuah web forum terkenal di Malaysia:


TM: Ada sesiapa yang perasan si Toot Toot berlakon dalam drama Toot Toot tu hidung dia mancung semacam aja, pernah dengar gosip di Harian Metro mengenai artis bedah hidung ni tapi kita cari balik artikel tu tak jumpa pula.

Komen Jurnalis Isu dan Berita Hangat: Baguslah kalau macam tu. Kalau betul artikel tu mendedahkan nama artis tersebut, maka elok benar kalau artikel mengenai si artis bedah hidung tu disorokkan.


G2: Teknik solekan agaknya.

BT: Awak ini memandai aja. Asal hidung mancung kata buat pembedahan. Awak ingat murah ke kalau nak buat pembedahan muka ni? Macam-macam awak ni.

S2: Hmm... banyak sangat yang ubah. Si Toot Toot, Si Tuut Tuut, Si Teet Teet... cucuk sana, cucuk sini nak bagi payu dara naiklah, dagu runcinglah, batang hidung mancunglah, bibir seksilah. Ingat artis kita tak hebat ke? Dah setanding Hollywood tau.

TM: Aikk, yang sibuk sibuk ni apahal? Dah nama pun artis mestilah dia nak cantik, murah mahal tak jadi masalah bagi dia orang.

Komen Jurnalis Isu dan Berita Hangat: Eh, macam itu pula ya? Tadi dia juga yang sibuk-sibuk buka topik artis malaysia kita ni suka buat pembedahan plastik. Sekarang dia pula yang kata orang lain tu menyibuk? Pelik betul sesetengah orang ni kan?

DS: Ehem. Sekarang ni tak hairanlah kalau artis buat plastic surgery. Bukan artis pun buat juga untuk kelihatan cantik, apa lagi yang sudah bergelar artis.

Toot Toot pun buat juga di dagu dan hidung. Tak percaya? Tak apa. Saya pun nak buat juga kalau banyak duit.

Komen Jurnalis Isu dan Berita Hangat: Mungkin inilah yang dikatakan orang artis sebagai teladan kepada masyarakat. Artis kencing berdiri, masyarakat kencing berlari?


NQ: Saya tak kisah lagi cerita-cerita artis buat plastic surgery ni. Ramai artis pun buat macam itu juga. Maklumlah public figure.

Komen Jurnalis Isu dan Berita Hangat: Public Figure kena buat plastic surgery? Isk. Isk. Apa-apalah awak semua ini.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Gambar Kahwin Maya Karin & Steven David


Gambar Perkahwinan Maya Karin dan Steven David
Pasangan pengantin baru ini akan mengadakan
majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos 2008
.

Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).

Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.

Maya yang anggun menggunakan dress ciptaan pereka, Syaiful Baharim dan solekan oleh Khir Khalid, kelihatan tenang dan ceria melalui gambar kiriman e-mel kepada media di Malaysia.

Pasangan itu dijadual akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos 2008, hari ini ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar.

Kredit: www.budiey.com

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Biografi Gambar Nur Fazura Sharifudin


Biografi Ringkas Nur Fazura Sharifuddin

Nur Fazura Sharifuddin merupakan model iklan, pelakon filem dan drama di Malaysia. Fazura dilahirkan pada 27 September 1983 di Pekan, Pahang. Fazura merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Fzura telah membintangi filem Bicara Hati (2004), Qaisy dan Laila (2005), Senario XX (2005), Gol & Gincu (2005), Kayangan (2007), Selamat Pagi Cinta (2008).

Fazura juga telah berlakon dalam drama bersiri Gol & Gincu I, Gol & Gincu II, Diari Datin, Kasih Suci,Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta 4, Tikar Buruk, Rendang Untuk Mertua dan Ezora.

Selain itu Fazura juga merupakan VJ di MTV Asia. Fazura mengendalikan rancangan MTV Jus. Fazura juga pernah berlakon teater, iaitu Suzana@60. Sementara itu, Fazura juga pernah menjadi model iklan Pantene.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Semua Tiket Bas Kena Surcaj 30 Peratus Tahun Ini

Semua Tiket Bas Kena Surcaj 30 Peratus Tahun Ini
Status Permintaan Kenaikan Tambang Bas
oleh Pengusaha-Pengusaha Bas


KUALA LUMPUR - Beberapa tahun lepas, bila tiba sahaja musim perayaan, surcaj akan dikenakan hanya untuk tiket-tiket bas tambahan. Kali ini, bermula 15 September hingga 15 Oktober tahun ini, surcaj dikenakan bukan setakat bas-bas tambahan, tetapi bas-bas yang rasmi juga.

Tahun ini juga, kadar surcaj itu dikira 30 peratus daripada harga tiket dan bukan lagi RM3 seperti tahun 2006 dan RM5 untuk tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, semua-bas henti-henti juga dikenakan surcaj tiket yang sama kecuali RapidKL.

"Surcaj ini bukan perkara baru, cuma kali ini ia dalam bentuk peratusan harga tiket.'' katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau memberi alasan kadar surcaj itu tidak ada kena mengena dengan peningkatan harga minyak kerana kenderaan awam masih menggunakan diesel subsidi RM1.43 seliter.

"Ada banyak sebab lain surcaj ini dikenakan. Pertama, laluan sehala saja contohnya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu penumpang penuh, tapi laluan sebaliknya bas kosong.

"Juga ditambah dengan peningkatan kos operasi lain seperti mereka kena bayar gaji pemandu pada kadar tinggi, bayar kerja lebih masa serta pembelian alat ganti dan penyelenggaraan bas."

Tentang kenaikan tambang bas yang diminta pengusaha-pengusaha bas, Noh berkata, keputusan hanya dibuat selepas Aidilfitri.

Dipetik dan diubahsuai daripada sumber: www.kosmo.com.my


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Blog Isu Hangat Berita Panas

Tujuan Penubuhan Blog
Isu dan Berita Hangat

isuberitahangat.blogspot.com

Blog ini ditubuhkan dengan tujuan menegur sesuatu isu atau perkara yang membabitkan isu hangat, berita panas, cerita sensasi, kisah kontroversi, skandal dan sebagainya tanpa memberi aib atau memberi malu kepada individu-individu terbabit secara spesifik.

Pembaharuan yang dibuat oleh blog ini bertujuan mengubah atau menukar cara biasa yang digunakan oleh majoriti media tempatan dalam menyampaikan perkara-perkara yang boleh dijadikan isu hangat, berita panas, cerita sensasi, kisah kontroversi, skandal dan sebagainya yang sebelum ini mendedahkan secara langsung nama, tempat dan individu-individu terbabit.

Pihak wartawan dan jurnalis blog isuberitahangat.blogspot.com akan cuba sedaya upaya menyampaikan sebarang isu hangat, berita panas, cerita sensasi, kisah kontroversi, skandal dan sebagainya untuk menegur atau mengambil pengajaran daripada sesuatu kisah itu tanpa memalukan individu terbabit.

Sekian terima kasih.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang

Kata Orang Dulu-dulu
Dulu-dulu, semasa zaman sebelum millenium dulu, sebelum zaman ICT atau Information Computer Technology melanda negara ini dahulu, emak dan ayah budak-budak dulu akan kata ayat yang sungguh popular seperti di bawah ini.

"Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu hendak dekat anak kami.

Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Tak apa. Kita faham tanggungjawab Cikgu. Nabi kata, budak kalau umur 10 tahun, tak tahu nak solat, rotan.

Anak-anak kami pun, Cikgu rotanlah, kalau dia degil. Kalau dia melampau, mempermain-mainkan Cikgu, rotanlah anak kami tu.

Biar dia belajar hormat (diulangi: belajar hormat) (diulangi: belajar hormat) belajar hormat orang tua.

Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong (diulangi: boleh tolong) (diulangi: boleh tolong) (diulangi: boleh tolong) orang tua.

Jadi budak pandai. Bukan setakat ada ilmu, tapi pandai hormat orang tua."

Dahulu, kalau ada ibu bapa datang protes mengenai anak mereka yang memang nakal tu, orang akan kata ibu bapa budak itu kurang ajar, tidak ada adab, suka manjakan anak, lupa diri, bodoh sombong dan bermasalah.


Prinsip Sekarang: Murid Sentiasa Betul?
Sekarang, sudah zaman moden. Zaman ini kita ikut teori orang Barat. Dahulu dekat restoran makanan segera sahaja ada prinsip: "Customer, always right!". Sekarang dekat sekolah pun sama. "Pupil, always right!" Oh, jangan pukul budak-budak. Tak boleh pukul anak-anak. Mereka always right.

Cikgu, anak saya jangan dicubit, nanti anak saya sakit. Kalau anak saya sakit, sekolah nanti ada orang yang hendak datang. Sekolah tak laku. C

Cikgu anak saya tak boleh didenda, nanti sakit hati di dada. Kalau saya sakit hati, saya saman cikgu, baru cikgu tahu. Cikgu hendak kena saman? Tak mahu bukan? Jadi jangan denda anak saya cikgu.

Cikgu anak saya tak boleh dipukul, nanti saya bawa tukul. Cikgu kenal tukul? Tukul kalau hinggap dekat kepala cikgu, sedap juga, cikgu.


Jadi Kes: Anak Saya Sentiasa Betul?
Cikgu, tengok saya pecahkan tingkap cikgu. Cikgu kata, "Eh, jangan buat macam itu, tak baik, wahai anak muridku, sayang..."

Anak murid kata,"Cikgu, bukankah saya ini customer. Customer always right. Apa yang saya buat ini betul. Cikgu dengki."

Cikgu kata,"Cikgu kata jangan buat. Tak elok memecahkan tingkap. Merosakkan harta benda awam ini perbuatan khianat."

Anak murid kata,"Cikgu, kata saya khianat? Ini baru khianat!" sambil melemparkan botol plastik ke muka cikgu.

Cikgu marah. Kurang Ajar. Cikgu rotan.

Esok anak murid datang dengan ibu bapa. Cikgu salah! Cikgu salah! Cikgu salah!

Sekarang, anak-anak murid yang kurang ajar, yang biadab, yang jenis manja-manja, dibesarkan oleh ibu bapa yang suka manjakan anak.

Kata ibu bapa, "Anak saya, intan pantun saya. Langkah mayat saya dahulu, kalau cikgu hendak pukul anak saya!"

Anak murid menokoh tambah,"Betul itu, saya tak buat apa pun yang salah. Customer always right. Saya ni customer, saya always right!"

Sekarang zaman sudah berubah. Adakah sesiapa yang mengaku, dia termasuk dalam golongan ibu bapa yang protes, apabila anak dia buat silap, dia akan kata: "Mana ada, customer always right. Anak saya customer. Anak saya always right!"

Zaman sekarang. Manusia semakin ramai. Manja-manja pun makin ramai. Bodoh sombong pun tentulah makin ramai. Apa nak dihairankan?

Anak saya tak bodoh? Anak saya ada ilmu.
Anak saya orang besar-besar. Anak saya kurang ajar.
Anak saya tak tahu hormat orang tua.

Biarlah, anak saya kan tu. Saya nak mati celik, nak masuk neraka dengan anak-anak saya. Biarlah. Awak tu setakat Cikgu sahaja... mengajar aja. Jangan nak sibuk-sibuk.

Biarlah...


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Get Sleepy After Eating Lunch?

Why Do I Get Sleepy After Eating Lunch?

In Urban Dictionary, this is what we call: The Itis. The general feeling of lethargy and well-being experienced after eating a satisfying meal. This phenomena is particularly triggered by foods high in carbohydrates and meats containing the amino acid tryptophan.

Why Do I Get Sleepy After Eating Lunch?
When you eats a large meal, large quantities of both carbohydrates and branched-chain amino acids are consumed. Like carbohydrates, branched-chain amino acids require insulin to be transduced through the myocyte membranes, which, after a large meal, creates a competition among the amino acids and glucose for insulin in your body, while simultaneously creating tryptophan's reduced competition with other amino acids for the Large Neutral Amino Acid Transporter protein for transduction across the blood-brain barrier. The result is a greater avaiLability of tryptophan, via the Large Neutral Amino Acid Transporter, for conversion into serotonin by the raphe nuclei, which is then available for conversion into melatonin by the pineal gland. drowsiness is the result.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

28 August 2008

YouTube - Budak Mengajar Pengurus Restoran

Kanak-kanak Pun Tahu

Seorang budak sekolah rendah memesan makanan di sebuah restoran. Pelayan restoran itu mengambil pesanan tetapi setelah satu jam menunggu, makanan tidak sampai-sampai lagi. Budak itu memanggil pengurus restoran lalu bertanyakan beberapa soalan dan kemudian memberikan buah pendapat yang tajam. Apakah kata-kata budak itu yang membuatkan pengurus restoran itu terpegun?

Semuanya berkaitan dengan pengurusan restoran yang lembab dari pengurusan masa dan pengurusan kewangan yang menjadi punca kenapa restoran itu sentiasa hening tanpa pelanggan, tidak popular dan tidak maju.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

YouTube - Rahsia Usain Bolt - Video Gurauan


Usain Bolt terlalu pantas! Dia sudah tahu dia akan menang, oleh itu dia telah meraikan kemenangannya sebelum sampai ke garisan penamat. Video ini menunjukkan aksi-aksi rahsia Bolt sebelum menuju ke garisan penamat. Usain Bolt sekali lagi berjaya membuktikan kehebatannya sebagai seorang maharaja pecut di gelanggang Olimpik. Anda ingin berlari sepantas Usain Bolt?

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

SKMM sekat Malaysia Today - Blog Raja Petra

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
Sekat akses ke Malaysia Today


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil tindakan yang sangat unik lagi istimewa dengan menyekat blog kontroversi penuh glamour kepunyaaan salah seorang tokoh Blogger Malaysia - Raja Petra, iaitu blog Malaysia Today.

"Ia dihalang kerana didapati beberapa komen dalam laman web itu tidak senstitif, tiada batas dan menghasut," kata ketua pegawai operasi badan itu, Toot Toot.

Menurut Malaysiakini, sehingga jam 7 petang (27 Ogos 2008), didapati, blog itu masih tidak dapat diakses menggunakan tiga pembekal khidmat internet (ISP) utama – TMnet, Maxis dan Time – tetapi tiada masalah melalui Jaring.

Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah laman web bukan berasaskan pornografi di sekat oleh SKMM..

Bagaimanapun, pengguna Internet boleh melayari laman blog tersebut dengan menaip alamat IP-nya atau menggunakan alamat alternatif: http://mt.harapanmalaysia.com/2008/

Raja Petra Kamaruddin, pengendali blog popular masa kini pula berkata beliau tidak akan memprotes tindakan SKMM itu kerana ia tidak akan didengar.

Artikel berkaitan boleh didapati di MalaysiaKini (KLIK)

GAMBAR FOTO PROTON MPV 2009 PHOTO VIDEO TEASER


Gambar Foto Video Teaser:
Malaysia's First Proton MPV
Coming Soon... 2009



Foto Proton MPV berdasarkan siaran TV3


Gambar Proton MPV 3 Dimensi


Lagi Gambar Proton MPV Pandangan Sisi


Gambar Proton MPV Pandangan Belakang

Tiga Gambar di Atas Ini Betul-betul Mirip
Imej Proton MPV seperti disiarkan di TV3.
Adakah ini rupa sebenar Proton MPV yang
seperti digembar-gemburkan selama ini?

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

27 August 2008

Video Pelajar Menyeksa dan Mempermainkan Guru Mengundang Kontroversi di China

VIDEO PERILAKU BURUK
PELAJAR BULI GURU TERSEBAR:

GURU SEKOLAH BERUSIA 70 TAHUN
DISEKSA DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PELAJAR


BEIJING: Satu video mengandungi rakaman salah laku beberapa orang pelajar berusia belasan tahun menyeksa dan mempermain-mainkan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya tersebar di internet dan mengundang kemarahan umum.

Adegan keji tersebut dirakam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah di Beijing. Menerusi video itu dapat dilihat seorang pelajar memakai subang, mendekati gurunya yang sedang mengajar di dalam kelas, dan kemudian menepuk dahi gurunya sebelum kembali bangkunya.

Tidak lama selepas itu, seorang pelajar lelaki yang lain melempar botol plastik kepada guru itu dan menyebabkan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa.

Video yang mengandungi rakaman sekitar 5 minit itu disiarkan di sebuah blog dan kemudiannya tersebar di beberapa buah laman web. Hal ini mengundang kemarahan para pengunjung laman web kerana kedajalan anak-anak murid guru tersebut menghina guru.


Kemaafan Daripada Seorang Guru
Guru yang menjadi mangsa adalah Profesor Toot Toot yang mengajar mata pelajaran Sejarah, Politik dan Geografi di sekolah tersebut.

Sungguh mengharukan apabila guru tersebut sudi memaafkan anak-anak muridnya yang terlampau biadab itu. Ini adalah contoh kemuliaan hati seorang pendidik. Profesor tua itu juga telah menolak sebarang temubual atau usaha untuk menceritakan semula kejadian yang menimpanya, malah memberitahu media bahwa para pelajar tersebut telah meminta maaf dan menyatakan penyesalan mereka di atas salah laku yang telah mereka lakukan sebelum ini.


Warganegara Bertanggungjawab Memberi Sokongan Terus
Menurut Beijing News, beberapa orang pengunjung yang telah melihat video telah mengambil inisiatif untuk pergi ke sekolah tersebut untuk menegur para pelajar terbabit dan memberikan sokongan moral kepada guru yang telah berusia 70 tahun itu.

Bagi majoriti warganegara China, kejadian tersebut mengingatkan mereka kembali mengenai peristiwa Revolusi Budaya pada 1966-1976 di mana para pelajar memukul dan mengaibkan guru mereka.

Phak Wartawan Isu dan Berita Hangat di isuberitahangat.blogspot.com enggan menyiarkan video tersebut demi menjaga maruah individu-individu yang terlibat. Semoga para pelajar di Malaysia tidak mengulangi salah laku yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Moralnya di sini, kita melihat seorang guru tua berusia 70 tahun terus berusaha untuk menyumbangkan bakti kepada anak-anak bangsa biarpun melalui kesengsaraan dalam menempuhi perubahan budaya. Guru itu mungkin telah melihat dunia pendidikan selama lebih 45 tahun, dan anak-anak murid yang membulinya itu pula berusia kurang sesuku daripada umur beliau. Kesabaran beliau merupakan contoh teladan buat warga pendidik.

Sumber: AFP, Rabu (30/5/2007)


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Skandal Blogger: Lukisan Berbaur Lucah

ALAM BLOGGER 27 OGOS 2008: Seorang blogger bernama huruf pangkal S didapati telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak dengan tidak segan silunya melukis dan menyiar gambar kartun lukisannya secara lucah di mana lagi jika bukan di blognya.

Blogger terbabit mengaitkan kenaikan harga minyak dengan kenaikan sesuatu yang berada di dalam seluar yang juga dikenali sebagai toot toot. Wartawan Blog Isu dan Berita Hangat berasa sungguh tidak sangka kerana ini adalah idea yang luar biasa.

Biasanya apabila harga minyak naik, maka setiap orang rakyat pun akan naik darah dan berasa marah. Namun, menurut seorang saintis yang dirahsiakan namanya, naik darah membawa maksud peningkatan kadar tekanan di dalam darah maka tidak mustahil bahawa toot toot akan naik.

Nampaknya Blogger yang bernama huruf pangkal S ini bijak berfikir dengan secara tersirat. Persoalannya, adakah setiap kali manusia naik darah, maka benda di dalam seluar itu pun akan naik juga?


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Kebangkitan Semula Datuk Seri Anwar Ibrahim - Menang Besar - Undi Majoriti 15671

Keputusan Pilihan Raya 26 OGOS 2008

Berdasarkan keputusan pilihan raya pada 26 Ogos 2008 ini, didapati Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat undian yang lebih besar berbanding jumlah undian Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan dengan ini membuktikan bahawa kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik yang berkuasa di Malaysia.

Keputusan Parlimen PP44 :

PKR: 31,195
BN: 15,524
Bebas: 92
Majoriti: 15,671
Jumlah Pengundi: 47,258

Undi Rosak: 447
Peratus: 81%


Keputusan PRU 8 March 2008

P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449

Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Keputusan Pilihan Raya Permatang Pauh 2008

Keputusan Rasmi
Pilihan Raya Permatang Pauh
26 Ogos 2008
Anwar Ibrahim menang besar,
majoriti 15,671 undi


TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Harakah) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.


Detik-detik Sebelum Keputusan Rasmi Jumlah Undian Pilihan Raya Permatang Pauh 26 Ogos 2008

8.35 malam: Setakat pukul 8.30 malam, Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Dato' Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.

Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan. Setakat ini kira-kira 70 peratus undian telah dikira.

Keputusan peringkat KeADilan ini diumumkan oleh Naib Presidennya, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR, di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.

Setakat ini keputusan hampur 20 daerah sudah diketahui dan Anwar menang hampir kesemua daerah itu.

8.40 malam: Keputusan tidak rasmi daripada KeADILan yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

9.50 malam: Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

Berita penuh di: harakahdaily.net

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Fatwa Hukum FOREX Halal Haram?



Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa
Sumber : Berita Harian - 4 Februari 2008

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus.

Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan.

Beliau berharap tiada pihak membangkitkan lagi isu kononnya hasil skim pelaburan itu haram.“Umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu ragu-ragu terhadap status pelaburan yang dibuat serta dividen atau bonusnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Muhamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Muzakarah selama tiga hari itu dihadiri semua mufti.


Pelaburan saham menerusi Internet haram
Sumber : http://www.utusan.com.my - 12 April 2007

KUALA TERENGGANU 12 April 2007: Sebarang pelaburan saham melalui Internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan), demikian diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak terlibat dengan pelaburan seumpama itu, seperti yang ditawarkan oleh Swiss Cash Mutual Fund, kerana masih banyak alternatif yang berlandaskan Islam yang boleh disertai untuk mendapatkan pulangan kewangan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

26 August 2008

RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA

Rahsia Tarikh Lahir
Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR
(BETUL ATAU KEBETULAN)


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir padatarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati
oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhuallah" sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku sebenarnya...... (perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain). Jangan dengar orang mengumpat.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Pasangan Zina Dibelit Ular - Kisah Benar

CERITA PANAS TELADAN:
Dibelit Ular Semasa Berzina
Diubahsuai daripada sumber: tranungkite.net

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.


Pasangan Zina Dihantui Bayangan Ular Besar

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.


Berubat Dengan Bomoh Tetapi Gagal

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.


Adegan Panas Di Tempat Perkelahan

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.


Melakukan Seks Haram Beralaskan Surat Khabar

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.


Diintai Ular Sawa Sebesar Peha Orang Dewasa Ketika Sedang Berzina

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.


Pasangan Zina Dibelit Ular Terselamat dan Akhirnya Bertaubat

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.


Balasan Tuhan

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU.
YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."



Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Kisah Benar - Kami Tidak Berzina!

Pendidikan Seks - Zina
Remaja Yang Menghampiri Zina

Kami Tidak Berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum ? Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya kelembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman banyak. Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat, Pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( HR Tabrani ). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis


Tidak semestinya semua orang yang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata.

Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan ( menuju ketempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman ( HR Muslim dan Abu Daud ).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita pelajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagian. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagilah.

Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?


Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni ?study group?
Study Group?? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau iya pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duan macam ni? betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap sahaja bincang pelajaran. Yang lain tu? Banyak dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia.


Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


Takkanlah tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripaada kesempurnaan manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki ( sense of belonging ) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paeri atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.

Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allahj. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.


Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemulian agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa ? sesuatu ? sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( HR Ibni Majah ).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Kalau begitu, Cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian, Mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin hampir dan dekat dengan perzinaan?

Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.


Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.


Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwauntuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaannya, manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah telah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok kuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam shurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, jika kamu menghampirinya maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim. ( al-Araf )

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonanan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.

Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. Penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepuraan atau hipokrit.


Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagian jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menanugerahnya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang direhdai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudahpun cangggung, bagaimana kesudahannya?


Tanya sedikit? Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ? angkat ? ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.


Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan menyatakan orang yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, Bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.


Adakah orang yang bercinta hilang maruahnya?
Antara kemulian manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkhawin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkhawin dengan orang yang beriman. Allah Berfirman:

Lelaki yang berzina ( lazimnya ) tidak ingin berkhawin melainkan dengan perempuan berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula ( lazimnya ) tidak ingin berkhawin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkhawinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ( Surah ai- Nur: 3)


Jadi orang yang bercinta itu hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.


Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga ia menjadi pepatah.


Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang ?second hand ? sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakan di Show room sahaja; display only.Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.


Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya ( yang memelihara dirinya daripada melakukan zina )?Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al-Ahzab: 35 )


Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
  1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan orang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, Anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu berdosa?.

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.


Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak ke mana!

Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kep intu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.



Coretan Kisah Benar:
Mengapa Aku Dilahirkan Begini!
Penulis: Rahsia

Suatu petang ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya tanpa temujanji. Pakaiannya amat sopan, bertudung bulat dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu. Dia bertanya: Apa hukum anak zina? Saya katakan: Anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibubapanya. Anak zina tidak menanggung apa-apa dosa. Dia Bertanya lagi: Apakah hubungan anak zina dengan bapanya? Saya katakan: Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bpanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya. Remaja itu terus bertanya: Kalau begitu anak zina itu bukan muhrim? Saya menjawab: Ya, Anak itu tidak boleh mendedahkan auratnya kepada bapa ( zina ) walaupun di dalam rumah, tidak boleh bersalaman apatah lagi mengucup tangannya?.

Tiba-tiba remaja itu tunduk dan kemudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat akan turut menanggis bersamanya.Dengan sedikit kekuatan yang ada dia mengangkatkan kepalanya: Saya adalah anak zina?

Saya cuba tenangkan perasaannya. Adakah kamu pasti? Dia menjawab: Ya. Saya dengar dari sebelah bilik, Makcik bertengkar dengan mak dan ayah. Dalam keadaan marah, makcik berkata, kamu jangan nak tunjuk baik, warak?

Kaklong tu ( dirinya ) adalah anak zina?. Apabila saya mendengar kalimah itu, Saya rasakan dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak lakukan begitu?

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Saya masih hidup. Sudah kering airmata. Saya tidak dapat mengubah sejarah. Ayah dan ibu yang saya kenali, adalah orang yang baik, tidak pernah mengabaikan solat dan puasa,bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka pernah terlanjur. Tapi ini adalah hakikatnya?. Dia terus menangis dan menangis. Air mata belum dapat menggambarkan luka hatinya.

Ambillah iktibar. Jangan menjadi ibu atau bapa kepada anak zina. Kasihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang tidak berdosa menanggung keaiban ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan dengan anak zina.


Pesanan Akhir

Jika remaja dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi adakah zaman yang lebih sukar daripada itu?


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.